Saya yakin bahawa saya mempunyai sokongan yang besar – Muhyiddin

Jadi saya sebutkan ini bukan makna darurat tu untuk darurat supaya saya boleh duduk lama jadi perdana menteri. Saya pun tak tahu parti mana sekarang yang mempunyai jumlah kerusi yang lebih besar daripada saya. Dulu adalah contoh (cubaan) nak tunjukkan, tapi tak terbukti. Saya yakin bahawa saya mempunyai sokongan yang besar.

Saya yakin kedudukan saya ini adalah sah di sisi undang-undang. Saya tak boleh duduk sebagai PM haram. Saya buat kerja betul, tu sebabnya. Jadi saya tak bimbang itu. Tapi perisytiharan darurat ini bukan soal politik. Ada orang politik faham sebab politik, tidak. Politik tiada penggunaan darurat, tapi Covid ini perlukan darurat.

Dengan adanya kuasa Ordinan Darurat, maka kita boleh bertindak secara lebih berkesan, bila dah selesai esok, tak perlu lagilah. Kalau darurat yang dahulu, sepanjang masa darurat, tiada tempoh masa. Saya bagi sampai 1 Ogos, tapi kalau boleh selesai awal, Jawatankuasa Khas Bebas yang dah ditubuhkan kata dah boleh (tamat), saya ikut sajalah.

Bukan saya nak duduk sepanjang dua tahun, pasal kalau dulu darurat sampai dua tahun. Kita tak perlu itu. Bila kita gunakan untuk tujuan dah selesai, balik semula (seperti biasa). Kita pun tak nak selama-lama dikongkong peraturan sebegini. Sebab itu tujuan saya bukan itu. Jadi saya harap rakyat faham, bukan pasal soal takut tak dapat majoriti di Parlimen.

Dulu orang cabar saya, pergi ke Parlimen, dia kata tak dapat majoriti, 27 kali Rang Undang-undang Perbekalan (Belanjawan) kita diluluskan. Saya bukan nak mendabik dada, itu rekod di Parlimen dulu, Bajet 2021 lulus. Kalau tak dapat majoriti, macam mana dapat kelulusan. Jadi saya harap rakyat jangan ragu kerana saya tahu kedudukan saya, dan saya hanya menjalankan tugas, amanah untuk menjaga rakyat, ini yang saya buat sekarang.

Berita penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/03/01/komen-muhyiddin-berkait-sokongan-majoriti-pru-covid-19/

COMMENTS

Wordpress (0)