“Saya tak sanggup jumpa kembar Siti Sarah” – Shuib

Oleh MHDAILY

“Saya tak sanggup jumpa kembar Siti Sarah” – Shuib. Pelawak Shuib Sepahtu berkata dia tidak sanggup untuk bertemu dengan dengan ‘kembar’ arwah isterinya Allahyarham Siti Sarah iaitu Emy Nur Faranizah yang tular baru-baru ini.

Memetik Harian Metro, Shuib berkata memori dan ‘keberadaan’ Allahyarham masih diingati dan menebal dalam dirinya dan arwah isterinya tiada pengganti.

” Kalau boleh saya mahu mengelak daripada berjumpa dengan dia (Emy Nur Faranizah). Untuk melihat ‘figure’ Sarah sekarang ini saya tak sanggup. Sebab dia dah tak ada dan semestinya tak ada pengganti untuk dia. Untuk tengok depan mata saya tak sampai hati dan tak sanggup.

“Untuk anak-anak berjumpa dia (Emy) saya okay saja dan tak larang. Saya boleh bawa, tak ada masalah. Sebab Allah Maha Kaya, Maha Hebat. Saya selalu dengar kita ini ada tujuh kembar, muka sama kita dalam dunia ini. Satu kelebihan juga Allah nak bagi muka sama,” katanya.

Dalam pada itu, Shuib berkata dia tidak kisah jika orang ramai menyamakan wajah wanita itu dengan arwah isterinya.

"Saya tak sanggup jumpa kembar Siti Sarah" - Shuib

“Saya anggap ini biasa. Saya percaya setiap orang ada muka sama. Begitu juga dengan saya. Perkara sebegini memang dah ada dan tak ada isu pun. Kalau terjumpa ia satu rezeki.

“Kalau orang tanya saya nak jumpa saja-saja saya cakap tak sebab rindu saya dengan Sarah memang takkan pernah habis. Saya tak boleh nak tengok, saya tahu bukan dia walaupun muka sama,” katanya.

Terdahulu, ibu tiri Allahyarham Siti Sarah membuat kejutan hari jadi buat suaminu Raisuddin Hamzah dengan membawa Emy untuk menyambut bersama.

BACA:

Harga kereta pula naik 10 peratus

Laksana semula GST, ini pesanan bekas Ketua Pengarah Kastam

Disangka buat ‘show’, rupanya bakar diri sendiri