“Saya mangsa fitnah Lufya” – Bekas suami dedah hal sebenar

Saya mangsa fitnah Lufya Bekas suami dedah hal sebenar

“Saya mangsa fitnah Lufya” – Bekas suami dedah hal sebenar. Bekas suami kepada pelakon, Lufya Omar iaitu Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum mendakwa dia menjadi mangsa fitnah bekas isterinya itu dan setiap kenyataan yang dikeluarkan Lufya berkaitan nafkah anak adalah tidak benar.

Hafiz dalam hantaran di Instagram berkata, dia tidak hairan jika Lufya sanggup berbohong membuat kenyataan yang palsu yang berunsur fitnah kepada masyarakat.

“Saya lebih mengenali siapa diri dia. Tidak perlu untuk saya terasa atau berasa marah kepada netizen yang memberi reaksi seakan-akan membenci dan tidak menyokong saya seperti isu soal nafkah anak.

“Ini kerana apa-apa saja kenyataan yang dikeluarkannya adalah tidak benar sama sekali dan sudah diubah mengikut kehendak dia sendiri,” katanya.

Menurut Hafiz, sebagai bapa kandung kepada Laana Haura, dia tahu tugas dan tanggungjawabnya dalam memberikan nafkah.

Saya mangsa fitnah Lufya Bekas suami dedah hal sebenar

“Soal isu pemberian nafkah anak. Saya sebagai seorang bapa kandung sudah pasti saya tahu akan tanggungjawab saya dan sudah tentu saya tidak akan abaikan anak saya sendiri. Saya ada bukti yang kukuh untuk diberikan kepada pihak mahkamah,” katanya.

Hafiz juga meminta Lufya menggunakan saluran yang betul agar tidak timbul sebarang spekulasi dan dia juga tidak pernah bersuara untuk membuka aib bekas isterinya itu.

“Saya harap dia gunakan saluran yang betul dan bukannya jadi seperti budak-budak main lepas perasaan di media sosial. Perkara sebegini boleh menimbulkan spekulasi yang salah oleh masyarakat terhadap saya.

“Saya lebih mengenali siapa diri dia dan aib dia juga selama ini saya simpan. Tidak pernah saya dedahkan di media sosial malah saya rasa tiada keperluan untuk menceritakannya sebab dia bukan lagi isteri saya yang sah. Kami pun sudah lama bercerai, bukan baru bercerai dua ke tiga bulan,” katanya.

Menurut Hafiz, dia dan bakal isterinya yang juga pelakon, Julia Farhana Marin akan mencari jalan penyelesaian terbaik untuk anaknya.

“Saya dan bakal isteri, niat kami cuma nak cari jalan penyelesaian yang baik untuk Haura dan sudah cuba yang terbaik untuk berbincang dengannya (bukti ada), tetapi sudah ditolak malah dibalas dengan kata-kata yang kurang sopan dan juga fitnah.

“Jadi lebih profesional dan jangan babitkan orang yang tidak sepatutnya seperti keluarga saya dan juga bakal isteri,” katanya.

Hantaran yang dimuat naik Hafiz itu turut dilampirkan laporan polis yang dibuat Julia serta tangkap layar mesej yang tertera nama Lufya.

BACA:

Pakcik ini selamba hisap rokok masa tengah berlari dalam acara marathon

“Ni John Wick ke Genji?” – Penampilan terkini Syamsul Yusof jadi kegilaan peminat

Netizen tegur Reen Rahim letak gambar panas- “bertaubat la sebelum terlambat”

CATEGORIES