Saya akan kena tangkap kalau cakap nak keluarkan Kedah dari Malaysia – Tun M

Saya akan kena tangkap kalau cakap nak keluarkan Kedah dari Malaysia Tun M

Saya akan kena tangkap kalau cakap nak keluarkan Kedah dari Malaysia – Tun M. Negara mempunyai undang-undang untuk menghalang, sekiranya ada usaha untuk mengeluarkan mana-mana negeri dari Malaysia.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bagaimanapun memberitahu undang-undang itu mungkin tidak terpakai terhadap pihak yang kedudukannya jauh lebih tinggi.

Dikira sebagai jenayah

Sesiapa yang cuba untuk withdraw (keluarkan negeri) dari Malaysia itu adalah satu jenayah, tetapi kita ada orang yang duduk lebih tinggi daripada undang-undang.

Apabila orang seperti ini berkata demikian, dia amat serius tetapi tindakan tidak boleh diambil kerana dia tidak tertakluk kepada kepada undang-undang negara kita dan inilah masalah yang kita hadapi sebenarnya.

Saya akan kena tangkap kalau cakap nak keluarkan Kedah dari Malaysia - Tun M

Kalau saya sebut tentang nak keluarkan Kedah dari Malaysia saya akan kena tangkap tetapi orang itu bebas dari undang-undang. Jenayah tetap jenayah.

Menurut Tun Mahathir, mana-mana individu yang cuba untuk mengeluarkan ‘negeri’ dari Malaysia boleh dikategorikan sebagai jenayah.

Namun begitu, Tun Mahathir mendakwa ada individu yang lebih berkuasa daripada undang-undang dan tindakan tidak boleh diambil terhadap individu berkenaan kerana individu tersebut tidak tertakluk kepada undang-undang negara.

BACA:

Kerap pakai baju tali halus, Emma Maembong akhirnya dedah tujuannya..

Tak hadir majlis pelancaran Mat Kilau, Syamsul beri alasan ini..

CATEGORIES