Satu rumah penuh dengan daun ketum

Oleh MHDAILY

Satu rumah penuh dengan daun ketum. Polis merampas bungkusan mengandungi kira-kira 1,400 kilogram daun ketum dianggarkan bernilai RM42,000 yang memenuhi segenap ruang sebuah rumah sewa di Kampung Kolam, di sini, semalam.

Serbuan kira-kira pukul 10 malam itu, mendapati longgokan daun ketum memenuhi ruang rumah berkenaan sehingga ke tandas.

Ketua Polis Padang Besar, Superintenden Saifudin Aslin Abbas berkata, serbuan dilakukan selepas pihaknya menerima maklumat awam dan hasil risikan mengenai rumah berkenaan yang dijadikan lokasi pengumpulan daun ketum itu.

Baca Artikel Penuh