Saringan percuma diperkenal kerajaan negeri Selangor berjaya kesan kadar positif tinggi di 6 kawasan

Saringan percuma diperkenal kerajaan negeri Selangor berjaya kesan kadar positif tinggi di 6 kawasan

Ujian saringan Covid-19 secara sukarela yang dilaksanakan oleh kerajaan Selangor telah mengesan 1,171 kes positif setakat ini.

Enam kawasan melaporkan kadar ujian positif Covid-19 melebihi lima peratus.

Penanda aras bagi Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menetapkan kadar ujian yang mencukupi untuk menentukan kes positif adalah sebanyak lima peratus.

Angka yang lebih tinggi menunjukkan terdapat kes positif Covid-19 yang tidak dapat dikesan dalam komuniti dan lebih banyak ujian diperlukan.

Bagaimanapun, Kementerian Kesihatan menganggap 10 peratus sebagai penanda aras.

Ujian di Selangor bermula pada 8 Mei lalu dan dilakukan di 14 kawasan.

Menurut data yang dikeluarkan oleh Menteri Besar Amirudin Shari hari ini, kadar positif tertinggi dikesan di Gombak Setia (8.24 peratus) dengan 167 kes positif daripada 2,207 ujian dilakukan.

Kajang berada di kedudukan kedua (8.08 peratus) dengan 85 kes positif daripada 1,052 ujian dilakukan.

Kadar positif ketiga tertinggi dikesan di Hulu Kelang (8.06 peratus), dengan 146 kes positif daripada 1,811 ujian yang dilakukan.

Tiga kawasan lain dengan kadar positif di atas lima peratus adalah Taman Templer (7.99 peratus), Bukit Antarabangsa (7.58 peratus) dan Sungai Tua (5.63 peratus).

Secara keseluruhan, 19.858 orang telah tampil untuk diuji.

Pasukan Petugas Khas Covid-19 Selangor mengatur usaha tersebut sebagai langkah proaktif bagi pengesanan kes aktif.

Ini bertujuan membantu mengesan dan mengasingkan lebih banyak kes Covid-19, terutama “pembawa senyap” tanpa gejala yang tidak menyedari bahawa mereka mempunyai virus berkenaan.

Langkah ini dilakukan di semua 56 kawasan sebelum berakhir pada 10 Jun.

Jadual lengkap boleh didapati di sini.

Selangor kini merupakan pusat gelombang Covid-19 terbaru.

Negeri itu mencatatkan 2,277 kes sehingga 12 tengah hari semalam – jauh lebih tinggi daripada negeri lain dan merupakan 33 peratus daripada jumlah kes harian di seluruh negara.

Kematian Covid-19 di Selangor juga melambung tinggi.

Ini berlaku ketika kapasiti katil bagi pesakit Covid-19 dan unit rawatan rapi (ICU) di negeri ini berada pada tahap yang sangat rendah.

Berita Penuh :https://www.malaysiakini.com/news/575547