Sanggup langgar PKP demi mahu lihat lembu terkecil dunia

Sanggup langgar PKP demi mahu lihat lembu terkecil dunia

Sanggup langgar PKP demi mahu lihat lembu terkecil dunia. Beribu-ribu orang sanggup melanggar perintah berkurung Covid-19 yang ketat di sebuah kampung dekat Dhaka semata-mata untuk melihat sendiri seekor lembu putih yang merupakan lembu paling kecil di dunia, lapor akhbar The Sun kelmarin.

Lembu dewasa bernama Rani itu mempunyai saiz begitu kerdil dan memiliki ketinggian cuma 50 sentimeter (sm).

Ia menewaskan rekod seekor lembu baka Vechur dari Kerala, India bernama Manikyam. Lembu tersebut memiliki ketinggian 61 sentimeter.

PKP

Pemilik Rani, MA Hasan Howlader berkata, beribu-ribu orang datang ke kampungnya untuk mengambil gambar dengan Rani.

Akhbar tempatan pada Rabu lalu melaporkan seramai 15,000 orang berkunjung ke kampung tersebut untuk melihat Rani dalam tempoh tiga hari.

“Sejujurnya, kami sudah penat,” kata MA Hasan.

Ketua veterinar setempat, Sajedul Islam percaya bahawa saiz badan Rani yang kerdil berpunca daripada faktor genetik yang menyebabkan ia tidak membesar.

Berita Penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/07/10/lembu-paling-kecil-di-dunia-setinggi-50sm/

jika Terlepas: PM bertukar, agenda tangani Covid-19 tetap keutamaan