Sampai bila perlu panjat bukit untuk internet?, luah pelajar

Oleh MHDAILY

Sampai bila perlu panjat bukit untuk internet?, luah pelajar.“Sampai bila kami hendak mendaki bukit, meredah denai dan singgah di tepi jalan untuk mendapatkan talian internet ketika sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) sedangkan rakan pelajar di bandar selesa dengan aktiviti ‘Google meet’ di rumah”.

Demikian luahan Nuralia Afika Mohamad, 14, dari Kampung Relai, Lipis yang kecewa dengan masalah capaian internet di kawasan kediamannya.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kerambit itu berkata, sejak diberi tempoh ‘bercuti’ berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), semua pelajar di Kampung Relai terpaksa ‘merayau-rayau’ untuk mendapatkan talian internet.

“Ini kerana menara telekomunikasi di pinggir kampung ini kadar kelajuannya rendah dan kadang-kadang tidak berfungsi.

 bila

“Jadi macam mana kami hendak mengikuti PdPR ketika pelajar di tempat lain yang ada internet tiada tekanan seperti kami hadapi,” katanya di sini semalam.

Rakannya, Nadatulhusna Mohd. Harun, 12, murid Tahun Enam Sekolah Kebangsaan (SK) Kerambit berkata, dia dan tiga adik-beradiknya juga terpaksa keluar rumah untuk mencari internet setiap kali tiba waktu PdPR.

“Ketika jumpa capaian internet badan kali sudah penat dan berpeluh seterusnya kami tidak seronok lagi untuk belajar.

“Kadang-kadang kami terlepas PdPR apabila ada gangguan (talian) malah boleh dikatakan saya kerap tercicir waktu belajar,” katanya yang berharap masalah capaian internet boleh dilakukan oleh kerajaan.

Masalah sama dikongsi seorang penduduk, Arifudin Shari, 25, yang memberitahu, sudah setahun pelajar di situ mengikuti PdPR di sebuah pondok kayu atas bukit berdekatan lombong bijih besi tinggal di kampung tersebut kerana lokasi berkenaan boleh mendapatkan talian internet.

“Bagi pelajar perempuan yang tidak sanggup mendaki bukit, merayau-rayaulah mereka mencari lokasi untuk mendapatkan talian sehingga sampai tiga kilometer. Kasihan budak-budak (pelajar) ini,” katanya.

Arifudin hairan dengan masalah itu sedangkan kampung tersebut terletak cuma 25 kilometer dari bandar Kuala Lipis dan tidak wajar ada masalah capaian internet.

Berita Penuh :https://www.utusan.com.my/nasional/2021/07/masalah-internet-pelajar-minta-dikasihani/

Jika Terlepas:Perkongsian data Covid-19. Dr Dzul sekolahkan Adham