Sampai bila kita macam ini?, tanya Najib

Sampai bila kita macam ini?, tanya Najib

Sampai bila kita macam ini?, tanya Najib

Ramai rakyat yang benar-benar berkorban. Rakyat duduk rumah, tak ke mana-mana pun.

Rakyat patuhi SOP. Rakyat tidak merentas negeri atau daerah, dah beratus-ratus hari lamanya.Malah ramai juga yang langsung tak keluar rumah tak tentu pasal tanpa sebab kecuali beli keperluan.

Ramai sudah lama tidak bertemu ibu bapa, berjumpa keluarga, ada suami isteri yang duduk berjauhan tak dapat berjumpa.

Saudara mara memang lagi ramai lah tak dapat jumpa.

Peniaga pula patuhi arahan kerajaan.

Kerajaan kata operasi terhad? Ok ikut.

Kerajaan kata SOP pelanggan? Ok patuh.

Kerajaan kata bukan essential? Ok tutup.Tetapi apa yang jadi?

Macam-macam kelonggaran diberikan kerajaan kepada pihak tertentu. “Total lockdown” yang tidak “total”.

Kes kekal tinggi. Ada yang sindir dan salahkan rakyat pula. Jadi nak kita macam mana? Ucap tahniah? Laung “Terbaik PN” macam Jkom?

Setelah beratus hari bawah kawalan pergerakan, bantuan yang diberikan pula langsung tidak mencukupi.

Ramai yang bekerja dengan pendapatan harian. Bila kerja baru dapat gaji.

Tak ada simpati kah kepada mereka?

Ramai di kalangan rakyat benar-benar berkorban.

Dan lebih menyedihkan, semakin ramai tertekan akibat kewangan dan mental.

Akhirnya ada yang memilih jalan menamatkan hidup diri.

Sampai bila? Sampai bila kita macam ini?

Sumber:

JANGAN TERLEPAS:Kesempitan hidup, tagih ihsan kulit ayam untuk jadi lauk