Sambutan luar biasa program ceramah PH di Kelantan

Mohamad Sabu menjadi tetamu utama malam tadi.

Selepas sekian lama tidak mendengar ceramah politik, penduduk Pasir Mas, Kelantan memenuhi ceramah Pakatan Harapan malam tadi yang mamaparkan pemimpin kanan parti itu dan juga Presiden AMANAH, Haji Mohamad Sabu.

Pengerusi PH Kelantan, Ustaz Mohamad Husin turut memberikan ucapan.

“Alhamdulillah, penuh malam ni. Semua setuju kerajaan Pas Klate kerajaan yang agah,” tulis Jeming Hassan, ketua pemuda AMANAH Kelantan di Facebook beliau.

Jeming atau nama sebenarnya Hazmi adalah pengacara majlis malam tadi.

Selain Mohamad yang menjadi penceramah utama, turut serta adalah Pengerusi PH Kelantan, Ustaz Muhammad Husain dan timbalannya dari PKR, Datuk Mohamad Supardi Md Nor.

Dewan D’Hiway penuh sesak dengan penonton yang dahagakan ceramah politik selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikenakan di seluruh negara.

Di samping penonton dalam dewan, 1,100 penonton pula menontonnya melalui media sosial.

Penonton mematuhi SOP dengan memakai pelitup muka.

Penonton yang terlebih semangat selepas lama tidak dengar ceramah.

Muslimat juga tidak ketinggalan dalam ceramah ini.

Berita penuh : https://malaysiadateline.com/lama-tidak-dengar-ceramah-penonton-penuhi-ceramah-ph-di-kelantan/