Sambut Hari Kebangsaan dengan konsert hiburan, tindakan Arab Saudi dipersoal

Sambut Hari Kebangsaan dengan konsert hiburan tindakan Arab Saudi dipersoal

Sambut Hari Kebangsaan dengan konsert hiburan, tindakan Arab Saudi dipersoal.Barisan artis terkenal tempatan dan antarabangsa akan memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan Arab Saudi ke-92 yang disambut pada 22 September depan.

Lapor Arab News, selebriti undangan akan membuat persembahan di Alula bermula pada pukul 8 malam hingga 6 pagi, pada Khamis.

Persembahan akan bersambung pada keesokan hari, Jumaat dari pukul 4.30 petang hingga 6 pagi.

Alula ialah sebuah bandar yang terletak di wilayah Madinah di barat laut Arab Saudi.

Barisan artis yang akan menjayakan acara penuh gilang-gemilang itu diumumkan secara langsung di Riyadh Boulevard City dengan diserikan persembahan dari pemain violin wanita Saudi dan DJ Kayan.

Sambut Hari Kebangsaan dengan konsert hiburan, tindakan Arab Saudi dipersoal

Penganjuran yang memasuki edisi kedua, Azimuth 2022 dibawakan oleh MDLBEAST membariskan artis tempatan dan antarabangsa seperti Dorar, Solskin, Dish Dash, Baloo, Nomad, Gooner, Biirdperson, Damian Lazarus, DJ Snake dan Parov Stelar.

Azimuth 2022 adalah festival muzik, seni dan gastronomi selama tiga hari yang menampilkan penghibur, artis global dan tempatan.

“Kami sangat teruja untuk membuat persembahan semasa hujung minggu sambutan Hari Kebangsaan dalam AlUla yang menakjubkan dan mempesonakan.

“Festival ini sangat istimewa untuk memenuhi ruang ajaib yang akan kami persembahkan sebagai pengaturcara muzik,” kata DJ Arab Saudi, Baloo.

Festival itu akan berlangsung di kawasan sama pameran seni Desert X AlUla dianjurkan awal tahun ini.

Ketua Pegawai Pengurusan dan Pemasaran Suruhanjaya Diraja AlUla, Philip Jones berkata, dia berhasrat memupuk dan membangunkan industri hiburan di Arab Saudi.

“AlUla sesuai dengan latar belakang yang menakjubkan dengan filem, hiburan serta video.

“Kami mahu gunakan peluang ini untuk menyerlahkan aspek itu serta mencungkil bakat tempatan sedia ada,” katanya.

BACA:

Majikan ‘kantoi’ letak CCTV dalam bilik orang gaji

‘King’ Myvi salah tekan pedal minyak, tercium pula Mercedes di lorong drive-thru McD

CATEGORIES