Sambut Aidilfitri : Orang ramai disaran ambil dos penggalak – Dr Hisham

Sambut Aidilfitri : Orang ramai disaran ambil dos penggalak. Orang ramai disarankan untuk mendapatkan rawatan vaksin Covid-19 sebagai perlindungan diri dan keluarga.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, langkah tersebut adalah satu daripada usaha bagi umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri akan datang.

“Sila dapatkan dos penggalak vaksin Covid-19 untuk perlindungan diri dan keluarga. Ia sebagai satu usaha bersama kesiapsiagaan menyambut Hari Raya nanti, Insya-Allah,” menerusi ciapannya di Twitter.

Sambut Aidilfitri Orang ramai disaran ambil dos penggalak Dr Hisham

Pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sejak 24 Februari tahun lalu, menyaksikan Malaysia memberi kelulusan bersyarat bagi penggunaan ketika bencana, membabitkan tiga jenis vaksin, iaitu Pfizer, Sinovac dan AstraZeneca.

Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) ke-359 pada 15 Jun tahun lalu, pula memperuntukkan kelulusan sama kepada CanSino dan Johnson & Johnson (J&J), masing-masing jenis satu dos suntikan lengkap.

Vaksin J&J yang mendapat ‘lampu hijau’ pada 15 Jun lalu memperoleh Kerajaan Malaysia melalui pelan peruntukan vaksin Covid-19 global, COVAX dan berdasarkan kelulusan penggunaan kecemasan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Baca Juga : Tidak mustahil PKP akan diadakan kembali – PM

Secara perbandingan, vaksin J&J atau Janssen yang diluluskan tempoh hari adalah menerusi perolehan daripada pengilang di Belgium.

Pada masa yang sama, Noor Hisham menerima setiap vaksin mempunyai kesan sampingan seperti kesakitan otot, demam atau sakit kepala.

Namun, keadaan tersebut bukanlah satu tanda yang buruk.

“Sedikit ketidakselesaan untuk hasil yang lebih baik, Insya-Allah,” katanya.

Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 19 kes kematian akibat Covid-19 sehingga 7.48 pagi tadi dengan menjadikan jumlah keseluruhan kematian berpunca daripada wabak itu meningkat kepada 31,781 orang.

Daripada jumlah itu, 31.6 peratus atau enam pesakit meninggal dunia sebelum dibawa ke hospital.

Baca Juga : Akhirnya Adun ‘positif dadah’ dedah apa yang berlaku malam itu
Kisah arwah Mr Os yang tak ramai tahu

CATEGORIES