Saman cacat : Mahkamah arah Kamarul bayar kos kepada portal MalaysiaDateline dan wartawan

Oleh MHDAILY

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini (29/3/2021) mengarahkan Dr Kamarul Zaman Yusoff, pensyarah kanan Universiti Utara Malaysia (UUM) membayar kos sebanyak RM6 ribu kepada Malaysia Dateline dan Arif Atan iaitu RM3 ribu bagi setiap defendan.

Ini berikutan penyataan tuntutan dan writ yang difailkan Dr Kamarul ada kecacatan dan perlu difailkan semula.

Terdahulu Kamarul telah menfailkan saman fitnah dengan menamakan Malaysia Dateline sebagai defendan pertama dan Arif Atan atas kapasitinya sebagai pengarang sebagai defendan kedua kerana telah menyiarkan di portal Malaysia Dateline enam artikel daripada pelbagai pihak yang dikatakan memfitnah beliau.

Baca Artikel Penuh