Salji melanda di kawasan gunung Arab Saudi

Salji melanda di kawasan gunung Arab Saudi.Sebuah gunung di Arab Saudi, Jabal al-Lawz, Tabuk diseliputi salji sejak awal pagi Sabtu lalu.

Ia adalah disebabkan oleh gunung setinggi lebih 2,500 meter di wilayah barat laut negara itu dilanda cuaca sejuk melampau dan hujan.

Keadaan gunung yang bertukar putih itu menyebabkan ramai tertarik dengan kehadiran salji tersebut.

Sejumlah kanak-kanak menikmati salji yang turun, mengambil gambar dan berkongsinya di media sosial.

Ramai pengguna media sosial yang terkejut kerana kehadiran salji yang kelihatan di Arab Saudi.

Menurut saluran stesen televisyen satelit Al-Ekhbariya, salji terus turun sehingga Ahad manakala Pusat Meteorologi Kebangsaan (NCM) menyatakan bahawa ribut petir akan dialami di beberapa wilayah sehingga Isnin.

Pada tahun lalu dan 2019, wilayah Tabuk juga diselimuti salji akibat suhu terlampau sejuk.

BACA JUGA :

Naik gaji tiga kali ganda kerana Omicron
Disangka tayar buruk, rupanya 2 ekor ular sawa gergasi sedang berlingkar
Sembur tahi cicak guna waterjet, Vida minta netizen henti kutuk Rina

Artikel ini disiarkan pada 03/01/2022