Salahuddin tegur kerajaan, dah nak masuk Belanjawan baru tapi peranti kepada pelajar belum selesai

Oleh MHDAILY

Salahuddin tegur kerajaan, dah nak masuk Belanjawan baru tapi peranti kepada pelajar belum selesai.Ahli Parlimen Pulai, Datuk Seri Salahuddin Ayub memberitahu hanya dua sekolah di kawasannya menerima agihan peranti digital di bawah inisiatif Tabung Cerdik (Cerdik).

Beliau yang juga Timbalan Presiden AMANAH berkata, agihan peranti dan komputer riba yang diumumkan dalam Belanjawan 2021 kepada pelajar B40 di seluruh negara itu masih tidak selesai walaupun Belanjawan 2022 akan dibentangkan tidak lama lagi.

“Agihan tidak sampai 10 peratus. Kita sudah mahu masuk ke Belanjawan 2022 tapi peruntukan Belanjawan 2021 berkaitan perkara ini masih tidak selesai,” katanya menerusi ciapan di Twitter.

Baca Artikel Penuh