Salah Kod : Saman Steven Sim ke atas Kamarul ditolak

Oleh MHDAILY

Saman Steven Sim terhadap Pensyarah Kanan UUM, Dr Kamarul Zaman Yusoff menerima tamparan apabila writ saman beliau yang difailkan pada 19 Mei lalu ditolak oleh Pendaftar Mahkamah Tinggi Georgetown, Umma Devi Loganathan, hari ini.

Mendedahkan perkara ini, peguambela Dr Kamarul, Harris Mohan Abdullah menyatakan, beliau membuat bantahan ke atas writ saman yang difailkan oleh peguambela Steven Sim, R Nethaji Rayer, dalam pengurusan kes berkenaan kerana mendapati ia mengalami kecacatan, pagi ini.

“Dalam pengurusan kes pagi ini, Pendaftar Mahkamah Tinggi Georgetown bersetuju dengan bantahan saya bahawa writ itu cacat kerana salah kod menyebabkan Steven Sim, yang diperintahkan membayar kos kepada Dr Kamarul, menarik balik writ itu dengan kebebasan untuk memfailkannya semula pada masa depan. Selainnya Writ tersebut juga tidak ada teste.

Baca Artikel Penuh