Salah guna kuasa, SPRM tangkap pengarah agensi kerajaan negeri Terengganu

Salah guna kuasa, SPRM tangkap pengarah agensi kerajaan negeri Terengganu. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pengurus bahagian anak syarikat kerajaan negeri Terengganu .

kerana disyaki menyalahguna kuasa dengan memberikan kerja pembekalan bernilai RM4,000 kepada syarikat anaknya.

Suspek berusia lingkungan 40an itu ditahan ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Kemaman kira-kira jam 2 petang tadi.

Salah guna kuasa, SPRM tangkap pengarah agensi kerajaan negeri Terengganu

Difahamkan, suspek memberikan tender pembekalan lebih 100 kad sim kepada anaknya yang juga ejen kepada sebuah syarikat telekomunikasi pada sekitar tahun 2022.

“Siasatan awal mendapati pembayaran bagi kerja pembekalan kad sim untuk pekerja anak syarikat kerajaan negeri oleh anak suspek dimasukkan ke dalam akaun Pengurus Bahagian” katanya hari ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Terengganu, Hazrul Shazreen Abd Yazid, ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu.

Beliau berkata, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 23 (1) Akta SPRM 2009.

BACA:

Kenyataan upacara ‘sembah syaitan’, Ustaz Wadi mohon maaf setelah dikecam masyarakat india

Ini 10 senarai duta besar Malaysia yang baru dilantik