Salah guna kuasa kerajaan RM50,000, bekas Adun Pas ditahan SPRM

Salah guna kuasa kerajaan RM50,000, bekas Adun Pas ditahan SPRM.

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor daripada PAS dibebaskan semalam selepas direman dua hari oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)

bagi membantu siasatan berhubung salah guna kuasa dana kerajaan berjumlah RM50,000.

Salah guna kuasa kerajaan RM50,000, bekas Adun Pas ditahan SPRM

Ia berikutan suruhanjaya berkenaan telah melengkapkan siasatan di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Majistret Shazali Hidayat Shariff membenarkan wanita berusia 56 tahun itu dibebaskan dengan jaminan SPRM berjumlah RM10,000 serta seorang penjamin.

Bekas ADUN yang memakai baju kurung dan bertudung hijau dibawa ke Mahkamah Majistret di sini pagi semalam, dengan diiringi pegawai SPRM.

Wanita itu kemudian dibebaskan kira-kira jam 1.30 petang semalam di pejabat SPRM Selangor selepas membayar wang jaminan.

Kelmarin mahkamah mengeluarkan perintah tahanan reman selama dua hari ke atasnya.

Bekas ADUN itu didakwa melantik sebuah syarikat sebagai pembekal bagi Program Masyarakat Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri yang mana syarikat tersebut adalah milik anaknya, sekitar 2015 hingga 2018.

Sementara itu, peguam Ahmad Amzar Ahmad Azlan yang mewakili bekas ADUN itu memberitahu pemberita pihaknya kini hanya menunggu tindakan lanjut daripada Pejabat Peguam Negara.

“SPRM telah menyelesaikan siasatan mereka dan menyerahkan kertas siasatan berkenaan kepada Pejabat Peguam Negara. Kini, saya dan anak guam hanya menunggu apakah tindakan lanjut daripada mereka,” katanya ketika ditemui di pekarangan mahkamah.

BACA:

Wanita dedah apa maksud ‘special ingredient’ menurut pengusaha kedai makan dan hotel, hati-hati gais ada influencer kena!

Annuar Musa tak payah sembanglah, kempen anak sendiri dulu sebelum ajak orang lain masuk Pas