Salah guna duit derma Palestin, tiga individu didakwa hari ini

Tiga individu dari pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Aman Palestin Berhad (Aman Palestin) akan dihadapkan ke Mahkamah Shah Alam, Selangor hari ini.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi oleh Harian Metro

Beliau mengesahkan bahawa mereka akan dihadapkan ke Mahkamah Shah Alam hari ini.

Salah guna duit derma Palestin, tiga individu didakwa hari ini

“Ya, tiga orang dari Aman Palestin akan dihadapkan ke mahkamah esok,” katanya secara ringkas.

Sebelum ini, menurut Harian Metro melaporkan bahawa SPRM telah membekukan 41 akaun dan beberapa entiti syarikat lain yang berkaitan dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Aman Palestin dengan jumlah wang yang dilaporkan sebanyak RM15,868,762 selepas didakwa terlibat dalam penyalahgunaan dana sumbangan orang ramai.

Baca Artikel Penuh