Saksi dakwa Tun Mahathir terima RM2.6 Juta dari UKSB

Oleh MHDAILY

Saksi dakwa Tun Mahathir terima RM2.6 Juta dari UKSB. Tun Dr Mahathir Mohamad menerima sumbangan dana politik RM2.6 juta daripada Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) pada perbicaraan kes rasuah bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu.

Ketika pemeriksaan balas oleh peguam Ahmad Zahid, Datuk Ahmad Zaidi Zainal; bekas Pengurus Pentadbiran UKSB, David Tan Siong Sun, 47, berkata bekas Perdana Menteri itu yang juga bekas Pengerusi BERSATU menerima sumbangan itu untuk kegunaan parti berkenaan menerusi anak saudaranya, Tan Sri Rahmat Abu Bakar.

“Kod nama ‘Kedahan’ digunakan untuk Rahmat dalam buku lejar UKSB yang menunjukkan aliran keluar wang syarikat berkenaan.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH 👇🏻👇🏻👇🏻
SAMBUNGAN ARTIKEL 👇🏻👇🏻👇🏻

“(Presiden BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Yassin juga menerima sumbangan dana politik daripada UKSB menerusi rakan baiknya, Datuk Teo Wee Cheng yang juga Pengarah SHH Resources Holdings Bhd,” katanya.

Ahmad Zaidi: Ahmad Zahid juga menerima sumbangan politik?

Saksi dakwa Tun Mahathir terima RM2.6 Juta dari UKSB

Siong Sun: Ya.

Ahmad Zaidi: Kamu ada lihat (Dr) Mahathir dan Muhyiddin dalam mahkamah?

Siong Sun: Tidak.

Ahmad Zahid, 69, berdepan 33 pertuduhan menerima suapan berjumlah SG$13.56 juta daripada UKSB untuk dirinya selaku Menteri Dalam Negeri ketika itu bagi melanjutkan kontrak syarikat berkenaan sebagai pengendali Pusat Sehenti (OSC) di China danVisa Luar Negara (VLN), serta mengekalkan kontrak perjanjian untuk membekalkan sistem bersepadu VLN kepada syarikat sama oleh kementerian terbabit.

Bagi tujuh lagi pertuduhan, Ahmad Zahid didakwa sebagai menteri sama ketika itu, mendapatkan untuk dirinya wang tunai SG$1,150,000, RM3 juta, 15,000 Swiss Franc dan AS$15,000 tanpa balasan daripada UKSB yang mempunyai kaitan dengan kerja rasmi beliau.

BACA:

Terkini : Tan Sri Mutapha Kamal meninggal dunia 

Ganti host Melodi, Nabila Huda iri hati dengan Ain Edruce?

Kilang Samsung yang baru dibina di Malaysia, ada 1,300 jawatan kosong