Saintis percaya Penguin kemungkinan adalah makhluk asing dari planet Zuhrah

Sekumpulan saintis percaya bahawa penguin berkemungkinan adalah makhluk asing yang datang dari Planet Zuhrah selepas menemui sejenis bahan kimia yang berasal dari planet tersebut dalam najis haiwan itu, lapor akhbar Daily Star semalam.

Saintis-saintis tersebut turut mengakui tidak dapat menjelaskan bagaimana bahan kimia bernama fosfin itu boleh wujud di Bumi.

Bahan kimia tersebut pada tahun lepas ditemui pada lapisan gas yang mengelilingi Zuhrah. Planet itu mempunyai atmosfera serupa dengan Bumi.

Saintis percaya Penguin kemungkinan adalah makhluk asing dari planet Zuhrah

Saintis temui sejenis bahan kimia yang berasal dari planet Zuhrah dalam najis penguin. 

Susulan itu, mereka merancang untuk mengkaji cara hidup penguin spesies Gentoo yang kebiasaannya terdapat di Kepulauan Falkland.

“Kami percaya bahawa penemuan fosfin adalah benar, namun tidak mengetahui punca kepada wujudnya unsur tersebut,” kata Dr. Dave Clements dari Kolej Imperial London.

Tambah Clements, terdapat beberapa bakteria anaerob yang menghasilkan fosfin.

“Ia mungkin berkaitan dengan pertahanan atau memberi isyarat bagi melawan bakteria pesaing,” ujarnya.

Berita Penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/09/13/penguin-mungkin-makhluk-asing/

BACA JUGA : Gantung kanak-kanak 2 tahun dan rakam, lelaki dipenjara 52 tahun

Artikel ini disiarkan pada 15/09/2021