Saintis dedah penemuan membimbangkan, lautan dunia didapati makin panas

Oleh MHDAILY

Saintis dedah penemuan membimbangkan, lautan dunia didapati makin panas.Saintis mendedahkan, suhu lautan dunia kini dalam keadaan yang membimbangkan apabila didapati air laut dunia kini semakin panas pada kadar yang pantas.

Adalah suatu yang normal untuk air laut menjadi panas. Tetapi adalah suatu anomali apabila suhu air laut meningkat pada kadar yang begitu pantas berbanding sedekad lalu.

Saintis menjangkakan, keadaan ini dijangka akan terus meningkat untuk masa akan datang.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH 👇🏻👇🏻👇🏻
SAMBUNGAN ARTIKEL 👇🏻👇🏻👇🏻

Saintis menjelaskan, lautan menyerap sebahagian besar atau sehingga 93% haba yang terhasil daripada kesan rumah hijau akibat daripada aktiviti manusia sejak dari tahun 1970 sehingga menyebabkan suhu lautan meningkat dari tahun ke tahun pada kadar yang pantas.

Berdasarkan data daripada US National Oceanic and Atmospheric Administration (NOAA) menunjukkan, suhu purata global air laut meningkat sekitar 0.13°C setiap 10 tahun sejak 100 tahun yang lalu.

Untuk tempoh dari tahun 1993 sehingga 2020 pula, saintis mendapati kadar haba lautan meningkat sebanyak 0.37 hingga 0.41 W/m² (watts per square meter) dari ke dalaman 0-700 meter.

Saintis dedah penemuan membimbangkan, lautan dunia didapati makin panas

Carta di atas menunjukkan haba lautan dunia secara konsisten adalah lebih tinggi daripada kadar purata sejak dari tahun 1990. Kredit: Cimate.gov

Kesan daripada peningkatan suhu air laut dunia ini, ia sekaligus memberi kesan buruk terhadap hidupan marin seperti ikan, burung laut dan hidupan mamalia laut di mana wujudnya penyakit-penyakit dan jangkitan terhadap hidupan laut sehingga menjejaskan populasi.

Begitu juga terhadap karang-karangan laut yang semakin kurang tumbesaran dan pembiakan sehingga boleh menyebabkan kepada kehancuran dan kepupusan karang laut seluruh dunia.

Menurut laporan oleh Food and Agriculture Organization of the United Nations pada tahun 2012 dahulu, sumber makanan berasaskan laut menyumbang sebanyak 15% protein kepada 4.3 bilion manusia.

Keadaan suhu air laut yang semakin meningkat dibimbangi akan menjejaskan sumber makanan laut serta mengakibatkan kerugian pada ekonomi dunia.

Peta dan graf di atas menunjukkan keadaan anomali haba lautan yang berlaku dari tahun 1955. Boleh dilihat dengan jelas laut sekitar perairan Asia Tenggara semakin panas. Kredit: Climate.gov

Selain itu saintis juga mendapati, suhu lautan yang meningkat menyebabkan lebih banyak berlakunya kejadian ribut taufan hurikan yang ganas.

Tidak dilupakan juga, semakin panas air laut maka semakin tinggilah tahap air laut dunia akibat daripada pencairan bongkah-bongkah ais di kutub.

Saintis dedah penemuan membimbangkan, lautan dunia didapati makin panas

Antara tahun 1971 hingga 2010 sahaja, isu kepanasan air laut telah menyebabkan tahap ketinggian air laut dunia meningkat sekitar 0.8 milimeter setiap tahun.

Oleh sebab itulah, dalam Perjanjian Paris berkaitan suhu global oleh negara-negara yang terlibat telah berjanji untuk mengawal peningkatan suhu global bagi memulihara ekosistem marin.

Sungguhpun begitu, pada tahun lepas lautan dunia merekodkan suhu tertinggi dalam sejarah.

Berikut adalah 5 rekod suhu tertinggi air laut yang direkodkan sejak 1955.

BACA JUGA |: Presiden Pas sahkan pemecatan Khairuddin
Lelaki ini sanggup beli seekor merpati dengan harga RM586,000
Dimandikan macam jenazah, dipenjara pula… Kisah hidup remaja ini undang simpati