Sah !!! Tun Mahathir bakal ke Istana Negara petang ini

Sah !!! Tun Mahathir bakal ke Istana Negara petang ini

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden AMANAH Mohamad Sabu mengesahkan akan menyertai rombongan ke Istana Negara jam 3 petang ini.

Menurut sumber Jawatankuasa Rayuan Tamat Darurat, kedua-dua mereka telah mengesahkan kehadiran mereka petang ini.

Namun begitu, Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng masih belum memberikan kata putus akan datang atau tidak.

Jawatankuasa Rayuan Menamatkan Proklamasi Darurat akan menghantar sekali lagi surat kepada Istana Negara bagi memohon untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk menyerahkan petisyen rayuan agar darurat ditamatkan.

Ini berikutan dari surat pertama yang mereka hantar sebelum ini tidak dijawab lagi oleh pihak istana.

Semalam, jawatankuasa ini telah menganjurkan sidang media khas oleh tiga pakar ekonomi bagi menjelaskan kenapa darurat telah menyebabkan ekonomi negara teruk sekarang.

Dr Jomo K Sundran, Dr Nungsari Mohd Radhi dan Dr Mohamad Khalid telah menjadi panel dengan Pengerusi JK Tamat Darurat, Khalid Samad sebagai moderatornya.

Pelbagai pandangan telah diberikan oleh panel ini bagaimana daurat umpama ‘sudah jatuh ditimpa tangga’ oleh ekonomi negara.

“PKP telah menyebabkan ekonomi kita jatuh, dan darurat pula telah menyebabkan ekonomi kita ditimpa tangga pula,” kata Dr Jomo dalam majlis itu semalam.

Berita Penuh :https://malaysiadateline.com/tun-mahathir-mohamad-sabu-sah-ke-istana-negara-petang-ini/