Sah !!! Esok bakal jadi penentu halatuju Umno dalam Kerajaan PN

Sah !!! Esok bakal jadi penentu halatuju Umno dalam Kerajaan PN

Esok bakal jadi penentu halatuju Umno dalam Kerajaan PN.

Kedudukan Perikatan Nasional (PN) sebagai gabungan yang menguasai Putrajaya dan keberadaan ahli parlimen Umno dalam kerajaan dijangka diketahui esok.

Hal itu kerana, sumber memberitahu Malaysiakini, Majlis Tertinggi (MT) Umno akan bermesyuarat bagi menentukan hala tuju mereka sebagai salah satu parti yang membolehkan kerajaan PN bertahan hingga kini.

Katanya mesyuarat berkenaan akan berlangsung selepas tindak balas kepada kesan ditunjukkan PN terhadap tempoh 14 hari untuk mengadakan sidang parlimen yang diberikan Umno sebelum ini.

“Esok MT Umno akan bermesyuarat dan dijangka akan menentukan hala tuju parti dalam kerajaan PN.

“Umno akan membuat keputusan berkenaan esok,” katanya hari ini.

Malam tadi, pemimpin atasan Umno mengadakan pertemuan tertutup dengan ahli parlimen mereka di Kuala Lumpur ketika muncul spekulasi mengenai mereka akan menarik balik sokongan kepada Muhyiddin Yassin.

Pertemuan tersebut berlangsung di Wisma Perwira iaitu sebuah bangunan dimiliki Angkatan Tentera Malaysia.

esok

Mesyuarat tersebut berlangsung selama kira-kira empat jam dan sejumlah kenderaan dilihat beredar dari situ pada tengah malam.

Untuk rekod salah seorang naib presiden Umno, Ismail Sabri Yaakob, kini berkhidmat sebagai menteri pertahanan dalam kabinet diketuai Muhyiddin Yassin.

Ismail Sabri juga menjadi salah seorang menteri kanan yang dipilih presiden Bersatu itu.

Pertemuan secara maya

Terdahulu Anggota MT Umno, Mohd Puad Zarkashi, berkata dia yakin parti itu akan memuktamadkan keputusan untuk keluar daripada kerajaan PN sebelum 1 Ogos.

Ini berlaku di tengah spekulasi bahawa Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi berusaha menarik keluar parti itu dari gabungan kerajaan tetapi menghadapi tentangan besar, terutama daripada ahli parlimen parti itu.

“Saya yakin MT Umno akan bermesyuarat secara maya dalam masa terdekat untuk memuktamadkan keputusan PAU Umno 2020 iaitu parti akan tetap menarik balik sokongan daripada kerajaan PN paling lewat 1 Ogos 2021,” kata Mohd Puad yang dipetik Sinar Harian.

Sementara itu, seorang anggota MT Umno ketika dihubungi mengesahkan memang mereka dijadual bermesyuarat esok.

“Ya, mesyuarat MT esok tapi secara online (dalam talian),” katanya.

Dia bagaimanapun tidak mendedahkan secara terperinci agenda mesyuarat berkenaan namun dipercayai akan membincangkan isu semasa politik tanah air termasuk kedudukan Umno dalam kerajaan PN.

Perhimpunan Agung Umno pada 27 Mac lalu memberikan mandat kepada presiden dan majlis tertinggi parti itu untuk memutuskan bilakah masa yang sesuai mengarahkan ahli parlimen mereka yang menyertai kerajaan agar meletak jawatan.

Turut terlibat dengan arahan berkenaan ialah semua ahli parlimen yang menerima tawaran menduduki jawatan tertinggi dalam mana-mana syarikat berkaitan kerajaan.

Berita Penuh : https://www.malaysiakini.com/news/581935

BACA JUGA : Gempar !!! Blogger dedah senarai Menteri, Timb dari Umno sedia letak jawatan