Saat cemas penumpang, krew Cathay Pacific terima ancaman bom

Oleh MHDAILY

Satu ancaman bom palsu telah menyebabkan 30 penumpang pesawat Cathay Pacific yang mendarat di Beijing dari Hong Kong terpaksa melalui detik pemindahan keluar kecemasan, lapor akhbar South China Morning Post, semalam.

Proses pemindahan keluar itu dibuat sejurus pesawat CX390 mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing dengan semua penumpang diarahkan turun menerusi gelongsor kecemasan.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh syarikat penerbangan, sebilangan kecil penumpang mengalami lebam-lebam ringan akibat proses pemindahan keluar kecemasan itu.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»
SAMBUNGAN ARTIKEL πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»

Saat cemas penumpang, krew Cathay Pacific terima ancaman bom

Syarikat penerbangan Cathay Pacific mengesahkan insiden ancaman itu.

Namun begitu, tiada daripada mereka yang memerlukan rawatan lanjut di hospital.

β€œProses pemindahan keluar secara kecemasan menggunakan gelongsor terpaksa dilakukan selepas pihak berkuasa menerima panggilan yang diklasifikasikan sebagai ancaman keselamatan,” demikian menurut kenyataan tersebut.

Dalam pada itu, Polis Hong Kong mengatakan bahawa mereka menerima panggilan pada kira-kira 10.40 pagi (waktu tempatan) kelmarin yang mendakwa bom telah diletakkan dalam satu penerbangan ke China yang sudah berlepas.

Pihak berkuasa itu kemudiannya telah mengklasifikasikan kejadian itu sebagai ancaman bom palsu.

Setakat ini, insiden ini masih dalam siasatan pihak berkuasa dan tiada sebarang tangkapan dibuat. Hukuman maksimum bagi pemalsuan ancaman bom adalah denda HK$150,000 (RM79,886) atau penjara lima tahun.

Berita Penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/09/13/pesawat-cathay-pacific-terima-ancaman-bom-palsu/

BACA JUGA :Β Lelaki ditangkap kerana curi susu bayi, netizen berebut mahu tolong bayarkan