Rupanya ramai pernah buat, lelaki ni dedah cara seludup Mcd bawa masuk wayang.
Umum mengetahui, setiap pawagam mempunyai peraturan tersendiri yang perlu dipatuhi oleh para penonton ketika menonton wayang.
Antara peraturan yang sering dipaparkan sebelum sesebuah filem ditayangkan
adalah seperti tidak dibenarkan untuk mengambil rakaman video atau fotografi, serta tidak dibenarkan untuk membawa makanan luar.
Namun, baru-baru ini tular di aplikasi TikTok memaparkan tindakan seorang lelaki yang berkongsi cara menyembunyikan makanan untuk dibawa ke dalam panggung wayang.
Menerusi video tersebut, lelaki berkenaan dilihat memasukkan makanan dari sebuah restoran makanan segera di dalam sebuah kotak kasut.
@ahroooon its all about family #fyp #fastx ♬ original sound – sybau
Bukan itu sahaja, dia juga berjaya ‘menyeludup’ makanan tersebut ke dalam pawagam wayang dan dapat menikmati makanan sambil menonton wayang.
Meninjau di ruangan komen, ramai pengguna media sosial yang mengakui mereka pernah melakukan cara yang sama untuk menyeludup makanan.
Bagaimanapun, ada juga yang meminta lelaki berkenaan untuk tidak berkongsi perkara itu di media sosial kerana bimbang pihak pawagam akan mengetahui ‘rahsia’ mereka.
BACA:
Berang dihina pengawal keselamatan bank, lelaki ini nekad keluarkan semua wang simpanannya