Rupanya ini yang terjadi dengan rumah tangga Taib Mahmud selepas TYT Sarawak baharu dilantik

Situasi yang penuh kontroversi berlaku di Hospital Normah, Kuching, di mana bekas Ketua Menteri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, dilaporkan “dibawa lari” tengah malam oleh isterinya, Raghad Kurdi.

Menurut laporan MyNewsHub, kejadian tersebut bermula pada pukul 11.56 malam, di mana Raghad membawa keluar Taib dari Hospital Normah tanpa mendapatkan persetujuan pihak hospital.

Doktor-doktor telah memberi amaran bahawa tindakan tersebut boleh membahayakan nyawa Taib.

Pihak hospital juga membuat laporan polis selepas mendapati Taib dibawa keluar tanpa kebenaran hospital dan doktor.

Laporan tersebut menunjukkan bahawa ubat yang dipasang pada Taib turut ditanggalkan secara sukarela oleh Raghad tanpa memberitahu kakitangan di Unit Rawatan Rapi.

Dalam laporan polis, jururawat dan kakitangan hospital menyatakan bahawa Raghad membawa keluar Taib dengan menggunakan kereta Alphard berwarna hitam.

Baca Artikel Penuh