Rupanya ini video asal suara gelak terbahak-bahak sampai semput yang selalu pengguna Tiktok guna
Akhirnya terjawab siapa pemilik suara gelak semput tular yang sering digunakan oleh pengguna di media sosial TikTok .
Berdasarkan perkongsian itu, aksi gelak tawa itu telah dirakam oleh seorang gadis di dalam sebuah bilik dipercayai sebuah hotel.
Pada awalnya seorang wanita dilihat sedang duduk di atas katil sambil menatap paparan skrin telefonnya. Kemudiannya dia dengan tiba-tiba telah gelak dengan kuat sambil diikuti wanita yang sedang merakam video tersebut yang tidak tahu apa-apa.
Seperti berjangkit, kedua-dua wanita itu akhirnya dilihat gelak bersama-sama seakan enjin motosikal yang sedang semput.
Rupa-rupanya wanita itu tadi sedang melihat paparan sebuah video yang menunjukkan aksi dan gelagat yang kelakar.
Sering digunakan sebagai audio video berunsur kelakar
@shaniamelia Baru inget ini ketawa gara gara si kecil panas🙃😂🤣 #fyp #foryoupage #foryou #xyzbca #funny ♬ original sound – Shaniamelia – Shani Amelia
Sehingga kini, audio gelak milik wanita tersebut masih mendapat tempat dan sering lagi digunakan dalam kalangan pengguna TikTok.
Kebanyakan video yang menggunakan audio gelak tawa wanita itu berkaitan dengan kejadian yang lawak dan kelakar.
Perkongsian muat naik itu sekali gus telah tular dan mendapat komen reaksi yang pelbagai daripada pengguna TikTok.
Antara komen yang ditinggalkan adalah :
“Akhirnya bertemu juga suara ketawa yang asli… Dah boleh tidur nyenyak,” tulis seorang pengguna yang bergurau.
“Mula ada orang ketawa terbahak-bahak, kemudian ikut ketawa walaupun tak tahu apa yang menyebabkan kawan itu ketawa,” tulis seorang lagi penonton video tersebut.
“Saya kesini kerana saya ingin tahu kerana suara ini sering dimainkan,” tulis seorang netizen yang tertanya-tanya.
“Setiap kali mendengar bunyi ketawa ini, saya teringat akan seorang kawan lama yang terputus hubungan. Suaranya buat saya rindu dekat dia, saya ingatkan suara kawan saya kerana nadanya agak sama. Akhirnya jumpa juga pemilik suara ini,” tulis seorang netizen yang menyangka ketawa itu milik kawannya.
BACA: