Rupanya ini punca Sultan Nazrin berkenan jamu 7100 banduan di Perak

Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan membiayai hidangan makanan tengah hari kepada 7,100 banduan dan tahanan yang sedang menjalani hukuman di penjara,

Pusat koreksional dan pusat pemulihan akhlak di negeri ini sempena sambutan ulang tahun keputeraan baginda ke-67 hari ini.

Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja Mohd Zahidi Zainuddin pada sidang media memaklumkan

Rupanya ini punca Sultan Nazrin berkenan jamu 7100 banduan di Perak

Hidangan dari pembiayaan Sultan Nazrin sendiri itu adalah atas sifat prihatin dan ihsan baginda terhadap kebajikan banduan dan tahanan terbabit.

Beliau berkata sumbangan hidangan makanan tengah hari itu akan dibuat di Penjara Tapah, Penjara Taiping, Pusat Koreksional Kamunting dan Pusat Pemulihan Akhlak Batu Gajah, dan akan dikelolakan oleh pihak Jabatan Penjara Perak.

“Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja akan mewakili baginda di Penjara Taiping manakala Orang Kaya Menteri Paduka Tuan akan mewakili baginda di Pusat Koreksional Kamunting.

“Orang Kaya-Kaya Panglima Kinta Seri Amar Bangsa Diraja akan mewakili Baginda di Pusat Pemulihan Akhlak Batu Gajah, dan YDH Toh Paduka Indera akan mewakili baginda di Penjara Tapah,” katanya di sini.

Katanya makanan akan dihidang dalam bentuk buffet dan agak istimewa berbanding makanan biasa mereka.

Terdahulu, beliau memaklumkan Sultan Nazrin juga berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran dan Pingat-Pingat Negeri Perak kepada 238 penerima sempena sambutan berkenaan.

BACA: “Tiap petang jumaat, abah dan mak duduk kat tangga, abah gosok belakang mak, mak gosok belakang abah, aku pasang telinga terdengar keluhan mak abah”