Rupanya ini punca sebenar kenapa Mark Zuckerberg suka sangat pakai T-Shirt

Oleh MHDAILY

Rupanya ini punca sebenar kenapa Mark Zuckerberg suka sangat pakai T-Shirt.

Jika anda melihat kekayaan dimiliki Mark Zuckerberg seorang usahawan serta pemilik syarikat media sosial terkenal iaitu Facebook ,

kekayaannya mampu membiayai pembinaan 60 buah menara berkembar Petronas.

Mark Zuckerberg

Namun begitu, kenapa dia hanya pakai baju casual orang biasa-biasa sahaja? Malahan kadangkala mereka ini menaiki pesawat penumpang biasa sahaja dari menggunakan jet peribadi!

Menjadi kaya itu seronok, duit berkepuk-kepuk di dalam poket dan bank, setiap hari boleh dipandu pemandu didalam Rolls-Royce mahupun Ferrari. Nak buat kereta bersalut emas berpuluh ribu pun tiada masalah.

Namun, mereka ini kelihatan sedaya upaya kekal kelihatan seperti orang rakyat marhaen dan sederhana.

Kenapa?

Suka sangat ke orang kaya ni berpakaian ala-ala orang biasa ni, walau duit berbilion dalam bank?

Resepi kekayaan antara individu terkaya dunia seperti Bill Gates, Mark Zuckerberg dan mendiang Steve Jobs adalah kekal tidak perlu runsing dengan pakaian apa yang perlu dipakai seharian.

Seorang jutawan menjadi kaya dan tetap kaya bukan dengan membelanjakan wang untuk pakaian, tetapi dengan membelanjakan wang untuk sesuatu yang sebenarnya penting dan menghasilkan lebih banyak wang kepadanya.

Didalam penulisan “The Psychology of Irrationality”, “Decision fatigue” merupakan suatu keadaan menyebabkan seseorang individu sukar melakukan keputusan tepat dan bernas dan ini akan menyebabkan keupayaan membuat keputusan seseorang individu itu menjadi berkurangan berikutan dipaksa membuat keputusan sukar berulang kali.

Kenapa perlu pecah kepala otak hanya untuk memilih pakaian sahaja? Banyak benda lain perlu difikirkan dari memilih pakaian apa nak dipakai untuk berjumpa dengan orang lain.

Selain itu, beliau (Mark Zuckerberg) pernah sekali menayangkan kepada media sosial mengenai kandungan didalam almari pakaiannya. Hanya penuh dengan baju lengan panjang bewarna kelabu yang kasual! Sehinggakan, beliau membuat satu projek yang memberi inspirasi kepada khayalak ramai iaitu dinamakan “Project 333”.

BACA:

Hawa Rizwana pilih Hun Haqeem, habis Zizan Razak macam mana?

Anak Ismail Sabri buat hal lagi, komen netizen bikin ramai berdekah