Rupanya ini asal nama ‘Kak Lina Kepom’ yang ramai tak tahu

Rupanya ini asal nama Kak Lina Kepom yang ramai tak tahu

Rupanya ini asal nama ‘Kak Lina Kepom’ yang ramai tak tahu. Nama selebriti seorang ini saban hari makin menjadi sebutan. Siapa sangka dari seorang penyanyi, Elly Mazlein mampu menghiburkan ramai selepas bergelar pelakon dan pengacara.

Kehadirannya sebagai rakan pengacara Nabil Ahmad di pentas Gegar Vaganza mencetuskan satu fenomena cukup luar biasa. Semangat dan gelagatnya membuatkan penonton sangat terhibur dengan kehadirannya.

Sering membahasakan dirinya Kak Lina Kepom, Kak Kepom atau Kak Lina Pom Pom, Elly Mazlein baru-baru ini mendedahkan mana asal gelaran tersebut. Ini kerana selebriti serba boleh tersebut telah ditanya mana datang asal nama Kak Lina Kepom oleh seorang penyampai radio yang dikenali sebagai Shah Gegar.

Berikut adalah jawapan Elly Mazlein selepas ditanya mengenai soalan asal nama Kak Lina Kepom yang ada padanya kini itu:

Menerusi jawapan yang diberikan oleh Elly Mazlein, nama Kak Lina Kepom itu pada asalnya diberi gelaran oleh rakan-rakan baiknya. Pada masa itu dia adalah salah seorang peserta Gegar Vaganza.

Pada asalnya gelaran diberikan ialah ‘Kak Lina Pom Meletop’. Namun entah bagaimana, lama kelamaan nama tersebut menjadi Kak Kepom atau Kak Lina Kepom.

Begitulah jawapan yang diberikan bila ditanya mana datang asal nama gelaran tersebut. Di ruangan komen, rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka seperti berikut:

“Sekarang dah jadi Kak Lina Kepom. Pom pom dah tertinggal”

BACA JUGA :

Kak Lina tak rela tunjuk muka anak walaupun anak dah setahun

Elly dipersoal ‘over’ gedik atas pentas GV, sekali kena sekolah balik dengan Kepom

Elly Mazlein buat hal lagi, kalini siap nyanyi lagu Tokti lagi

CATEGORIES