Runtuh! Tular video 20 murid jatuh laut semasa seberang jeti di Sabah

Oleh MHDAILY

Runtuh! Tular video 20 murid jatuh laut semasa seberang jeti di Sabah. Suasana sesi persekolahan di Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Pababag, dekat sini, bertukar cemas apabila kira-kira 20 pelajar sekolah berkenaan terjatuh ke dalam laut ekoran jeti Kampung Pulau Pababag runtuh pagi tadi.

Bagaimanapun, tindakan pantas beberapa guru berjaya menyelamatkan semua murid berkenaan daripada lemas.

Rakaman video tentang kejadian itu turut tular di media sosial.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH 👇🏻👇🏻👇🏻
SAMBUNGAN ARTIKEL 👇🏻👇🏻👇🏻

Runtuh! Tular video 20 murid jatuh laut semasa seberang jeti di Sabah

Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Pengurusan Sekolah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Abidin Marjan berkata, berikutan kejadian itu, dua pelajar didapati mengalami kecederaan ringan namun sudah dibenarkan pulang.

“Kejadian berlaku sekitar pukul 6.45 pagi ketika semua pelajar baru tiba di jeti kampung berkenaan untuk pergi ke sekolah.

“Bagaimanapun, jeti berkenaan runtuh secara tiba-tiba sehingga mengakibatkan semua murid terbabit terjatuh ke dalam laut.

“Beberapa guru yang turut berada di lokasi kejadian dikatakan terus terjun bagi menyelamatkan murid terlibat,” katanya dalam kenyataan hari ini

BACA:

“First time tengok lelaki beli tuala wanita bukan untuk perempuan”, pemuda ini pakai kerana buasir undang reaksi wanita

Lagu ‘itik gembo-gembo’ terkenal pada tahun 90-an, ini keadaan terkini kumpulan A to Z sekarang