Rumah tangga Engku Emran dan Noor Nabila retak menanti belah sekali ini respon Erra Fazira

Rumah tangga Engku Emran dan Noor Nabila retak menanti belah sekali ini respon Erra Fazira. Erra Fazira, 49, tidak mahu mencampuri urusan rumah tangga bekas suaminya,

Engku Emran Engku Zainal Abidin dengan Noor Nabila yang didakwa sudah retak menanti belah seperti didakwa ketika ini.

Erra berkata, dia juga hanya mendapat tahu perkara itu menerusi laporan media sahaja.

Rumah tangga Engku Emran dan Noor Nabila retak menanti belah sekali ini respon Erra Fazira

“Saya tidak mahu masuk campur urusan bekas suami kerana menghormati cara dan kehidupannya. Kalau kami bercakap pun hanya pasal anak sahaja.

“Setakat ini, Emran juga tidak ada beritahu saya apa-apa pun berkaitan rumah tangganya dengan Nabila. Sebagaimana yang kita tahu Emran seorang yang sangat berahsia orangnya,” katanya ketika ditemui di majlis pelantikannya sebagai duta jenama Captain Dolphin di sebuah hotel terkemuka di sini, hari ini.

Baca Artikel Penuh