Rumah pemimpin politik diserang sekumpulan lelaki guna kapak

Sekumpulan penyerang bersenjatakan kapak dan kayu menceroboh kediaman seorang ahli politik di zon keselamatan di New Delhi.

Presiden Majlis All-India-e-Ittehad-ul Muslimeen (AIMIM), Asaduddin Owaisi yang juga Ahli Parlimen Hyderabad berkata, 13 orang merosakkan kediamannya ketika ketiadaannya pada Selasa.

“Mereka bersenjatakan kapak dan kayu, mereka melemparkan batu ke rumah saya, papan nama saya turut dimusnahkan.

Rumah pemimpin politik diserang sekumpulan lelaki guna kapak

TANGKAP layar daripada video tular di media sosial yang menunjukkan penyerang menceroboh kediaman Asaduddin Owaisi.

“Kumpulan itu melaungkan slogan berbaur perkauman dan mengancam membunuh saya,” kata Owaisi dalam Twitter.

Beliau berkata, ini kali ketiga kediaman rasminya yang terletak berhampiran Bangunan Parlimen dan bangunan kerajaan lain diserang, sekali gus menimbulkan persoalan mengenai keselamatan di kawasan paling dipantau di New Delhi itu.

Beberapa penyerang adalah daripada kumpulan yang dikenali “Hindu Sena” (tentera Hindu) dan telah ditahan polis, kata jurucakap pihaknya kepada Bernama.

AIMIM sudah bertapak di Hyderabad selatan Telangana sejak berdekad lamanya, namun parti itu telah berkembang ke wilayah baharu seperti di Bihar, Gujarat, Uttar Pradesh, Benggala Barat dan Maharashtra untuk bertanding dalam pilihan raya.

Berita Penuh : https://www.hmetro.com.my/global/asia/2021/09/757892/penyerang-guna-kapak-serang-rumah-ahli-politik

BACA JUGA : Penduduk kecoh apabila ikan bilis memenuhi kawasan pantai, apakah satu petanda?

COMMENTS

Wordpress (0)