Rumah DJ Radio terkenal kena tembak, habis satu taman kecoh

Rumah DJ Radio terkenal kena tembak habis satu taman kecoh

Rumah DJ Radio terkenal kena tembak, habis satu taman kecoh. Penyampai radio berdepan detik mencemaskan selepas kediamannya di Seri Aman Heights, Desa Jaya, di sini, terkena tembakan awal pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, Pusat Kawalan Daerah IPD Gombak menerima panggilan kecemasan MERS 999 daripada seorang lelaki pada jam 1.50 pagi memaklumkan terdengar bunyi letupan di luar rumah dan terdapat kesan berlubang pada pintu kayu hadapan rumah.

Menurutnya, sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak ke tempat kejadian bersama Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Unit Anjing Pengesan (K9) untuk menjalankan siasatan.

“Siasatan di tempat kejadian mendapati terdapat satu kesan lubang pada pintu kayu hadapan rumah dan kesan terkena peluru pada dinding ruang tamu.

“Turut dijumpai satu serpihan besi iaitu serpihan anak peluru di bahagian ruang tamu rumah,” katanya.

Rumah DJ Radio terkenal kena tembak habis satu taman kecoh

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 39 Akta Senjata 1960 iaitu kesalahan melepaskan tembakan selain dari tempat yang dibenarkan.

Saya tiada hutang, dendam dengan sesiapa' - DJ Aki

“Motif atau punca kejadian masih dalam siasatan.

“Usaha mengesan suspek masih diteruskan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Khalpna Rajandhiran di talian 03-61262222 / 012-5018901.

BACA:

Lelaki lepas tembakan ke arah rumah jiran jadi kecoh

Pegawai Kanan SPRM dipenjara 2 tahun kerana edar dadah

Timbalan Speaker : Ahmad Maslan yang malang

CATEGORIES