Roti Canai biawak semakin popular di Negeri Sembilan

Roti Canai biawak semakin popular di Negeri Sembilan

Roti Canai biawak semakin popular di Negeri Sembilan. ROTI CANAI dan nasi lemak merupakan antara sajian yang cukup sinonim dalam kalangan rakyat Malaysia.

Disebabkan dua menu itu cukup popular, seorang usahawan dari Negeri Sembilan tampil dengan kelainan yang telah membuatkan premisnya sentiasa dipenuhi pelanggan.

KAMARUL RIZAL KAMARUDIN KETIKA DIHUBUNGI BERKATA, TIDAK SEPERTI ORANG LAIN, BELIAU MENGAMBIL PENDEKATAN DENGAN MEMBALUT ROTI CANAI DENGAN NASI LEMAK. BAGI MEMBANGKITKAN LAGI AROMA, MENU ITU AKAN DISALUT LAGI DENGAN DAUN PISANG.

Ternyata, hidangan kreatif yang dinamakan Roti Canai Wrap Nasi Lemak pantas mencuri tumpuan ramai.

Pemilik gerai Abang Terbang itu berkata, pada asalnya kulinari tersebut dibuat sekadar suka-suka demi memenuhi permintaan pengikut TikTok yang suka berkongsi idea masakan yang ‘gila-gila’.

Roti Canai biawak semakin popular di Negeri Sembilan

“Bagi menyemarakkan konten, saya pun cuba buat roti canai untuk membalut nasi lemak. Kemudian, saya gandingkan pula dengan kari sardin.

“Kiranya, memang kena dengan tekak orang Melayu. Saya cakap begitu kerana pelanggan yang bertandang ke gerai saya di Kuala Pilah, Negeri Sembilan kebanyakannya mahu mencuba sajian itu. Sampai tak cukup kerusi dan meja,” katanya seraya tertawa besar.

embuktikan Roti Canai Wrap Nasi Lemak laku keras, dalam masa sejam, kira-kira 100 bungkus habis terjual.

Kamarul Rizal yang berpengalaman lebih 20 tahun dalam pembuatan roti canai berkata, menu Roti Canai Berlauk juga diminati ramai.

“Bukan sahaja ada pelbagai jenis roti canai, malah kami turut menyediakan banyak lauk-pauk untuk dipilih mengikut selera masing-masing. Antaranya seperti rendang ayam dan daging, kari kambing, paru berlada, sambal sotong serta banyak lagi.

Selain itu, hidangan Roti Canai Biawak turut menjadi pilihan para pelanggannya.
Melihat kepada persembahan roti canai yang dibentuk seperti haiwan itu boleh membuatkan kita putus selera, namun apa kata abaikan sahaja perasaan itu.

BACA:

Pegawai Hishamuddin sahkan kenyataan ’10 MP sokong Muhyiddin’ adalah palsu

MP GPS buat ‘U-turn’ sokong Anwar jadi PM?

Ini sebab kenapa Megan Fox dibuang dari ‘Transformers’

CATEGORIES