ROS kata tindakan Umno tangguh pemilihan tidak sah

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) berkata tindakan Umno menangguhkan pemilihan parti itu tidak sah.

Ketua Pengarah ROS Jasri Kasim berkata keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno tidak sah kerana penggal pemegang jawatan MKT tamat sebelum keputusan itu dibuat.

Umno menangguhkan pemilihan cawangan, bahagian dan MKT selama 18 bulan bermula 30 Jun.

ros

Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan berkata Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) mencadangkan mesyuarat dan pemilihan Umno dibuat secara maya.

Namun, menurutnya, KKM dan MKN berkata jika tidak boleh dibuat secara dalam talian, pemilihan perlu ditangguhkan hingga Covid-19 terkawal.

Berita Penuh : https://www.malaysiakini.com/news/586144

BACA JUGA : Panas !!! Meninggal dunia lepas dos kedua Pfizer, keluarga tuntut penjelasan kerajaan

CATEGORIES