Ronaldo cipta sejarah beli rumah paling mahal di Portugal

Oleh MHDAILY

Ronaldo cipta sejarah beli rumah paling mahal di Portugal. RONALDO dikatakan telah mengeluarkan wang berjumlah 18 juta Euro untuk membeli sebuah vila yang megah dan mengubahsuainya.

Perkara tersebut menjadikan rumah agam tersebut yang terletak di rantau Cascais harta benda termahal di seluruh Portugal.

Rumah agam tersebut dikatakan akan siap sepenuhnya menjelang awal tahun 2023.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH 👇🏻👇🏻👇🏻
SAMBUNGAN ARTIKEL 👇🏻👇🏻👇🏻

Vila itu mempunyai keluasan berukuran 2,720 meter persegi merentasi tiga tingkat.

Selain itu, terdapat juga kawasan halaman dengan keluasan 544 meter persegi yang mempunyai pelbagai taman dan kolam renang yang besar.

Ronaldo cipta sejarah beli rumah paling mahal di Portugal

Rumah agam itu terletak berdekatan bandar Estoril dan Sintra dan berjarak 40 minit masa memandu dari ibu negara Lisbon.

Keputusan Ronaldo untuk membeli aset yang sedemikian memberi petunjuk yang dia mungkin hendak kembali ke Portugal dalam masa terdekat ini.

Seterusnya pengurus Sporting Lisbon, Rúben Amorim menyatakan pada minggu ini bahawa dia berminat untuk melihat Ronaldo berada dalam skuadnya.

Sporting Lisbon adalah tempat segalanya bermula untuk Ronaldo, bagai sirih pulang ke gagang.

BACA:

Peminat nak ‘satukan’ Khai Bahar dengan Hawa Rizwana

Masya Masyitah tayang kereta mewah harga RM700K

Air mata Nuha akhirnya jatuh, “terima kasih viralkan saya semula”