RM250,000 bukan rasuah tapi pinjaman yang sudah dibayar balik, kata peguam Zahid

rasuah

RM250,000 bukan rasuah tapi pinjaman yang sudah dibayar balik, kata peguam Zahid.Mahkamah Tinggi di sini hari diberitahu wang sebanyak RM250,000 yang didakwa telah ‘diberikan’ oleh seorang ahli perniagaan kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bukan rasuah.

Sebaliknya wang itu merupakan pinjaman oleh saksi pendakwaan yang ke-36, Junaith Asharab kepada adik Ahmad Zahid iaitu Datuk Mohamad Nasaee pada tahun 2016.

Malah wang itu juga kemudian telah dibayar kembali oleh Mohamad Nasaee kepada Junaith.

Oleh yang demikian tidak ada asas untuk mendakwa Ahmad Zahid telah mendapat keuntungan rasuah dari RM250,000.

Itu hujah peguambela Ahmad Zahid pada prosiding hujah akhir, Hisyam Teh Poh Teik di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Collin Lawrence Sequerah hari ini.

“Tidak ada asas untuk tuduh anak guam kami wang sebanyak RM250,000 adalah dorongan untuk anugerahkan projek MyEG kepada sebuah syarikat dikenali sebagai Mastoro Kenny IT Consultant & Services.

rasuah

“Sebenarnya ini tiada kaitan dengan anak guam dan Junaith tahu tentang pinjaman ini jadi pendakwaan perlu jelaskan mengapa tuduhan ini.

“Saksi juga sebelum ini sudah jelaskan wang itu adalah pinjaman kepada adik tertuduh dan juga terang-terang telah menerangkan bahawa Ahmad Zahid tidak mengetahui tujuan wang itu.

“Jadi mengapa ada pendakwaan berlebihan?” soalnya.

Ketika ini, Mahkamah Tinggi sedang mendengar penghujahan pembelaan pada akhir kes pendakwaan terhadap Ahmad Zahid yang menghadapi 47 pertuduhan iaitu 27 pertuduhan pengubahan wang haram, 12 pecah amanah dan lapan rasuah melibatkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.

Prosiding hari ini tamat lebih awal memandangkan Collin telah memberi kebenaran kepada Ahmad Zahid hadir sesi pemilihan Dewan Rakyat.

Berita Penuh : https://malaysiagazette.com/2021/09/14/rm250000-bukan-rasuah-tapi-pinjaman-yang-sudah-dibayar-balik-peguam/

BACA: Remaja 17 tahun sudah miliki 2 isteri