RM200 dalam bank tiba-tiba ‘floating’ lepas isi minyak dekat pam minyak, ini cara elak RM200 kena tahan bank

Oleh MHDAILY

RM200 dalam bank tiba-tiba ‘floating’ lepas isi minyak dekat pam minyak, ini cara elak RM200 kena tahan bank

Hari ini, terdapat pelbagai kaedah pembayaran yang boleh kita gunakan ketika mengisi minyak.

Selain bayaran secara tunai, mesin-mesin di stesen minyak juga membenarkan pengguna membuat pembayaran tanpa tunai.

RM200 dalam bank tiba-tiba 'floating' lepas isi minyak dekat pam minyak, ini cara elak RM200 kena tahan bank

Anda hanya perlu meletakkan kad kredit atau debit pada ruangan yang disediakan dan mengisi minyak mengikut jumlah yang diingini.

Antara manfaatnya pengguna tidak lagi perlu beratur panjang di kaunter bayaran dan tidak perlu memiliki wang tunai untuk mengisi minyak.

Namun begitu, ada juga yang tidak gemar dengan kaedah bayaran tanpa tunai ini, terutamanya dengan syarat baki RM 200 yang perlu ada dalam akaun bank.

Secara umumnya, sistem ini mengambil ‘RM200’ dari akaun anda buat sementara waktu. Wang itu pula akan dikreditkan semula dalam tempoh 3-5 hari berkerja.

Menurut laman web Shell, jumlah pra-kelulusan merupakan pegangan sementara melibatkan jumlah tertentu (RM200 untuk Visa / Mastercard & RM250 untuk Amex) daripada had kad kredit & debit.

Ini adalah untuk memberi pengesahan bahawa kad yang digunakan adalah aktif dan mempunyai baki kredit mencukupi sebelum pembayaran dibuat.

Sebaik sahaja pembayaran dibuat, bank akan menerima makluman tentang jumlah yang dibayar, dan sebarang jumlah pra-kelulusan yang tidak terpakai akan dikreditkan semula ke akaun anda dalam tempoh 3-5 hari.

Sungguhpun langkah ini atas dasar keselamatan, ini memberi kesukaran kepada orang ramai khususnya bagi yang berpendapatan rendah.

Ikuti langkah ini, cara elak RM200 kena tahan dengan bank bila isi minyak pakai kad debit

Oleh itu, seorang pengguna TikTok yang mesra dengan gelaran Pak Haji Petronas (@petronaspulaiperdana) telah berkongsi cara untuk mengelakkan duit anda ‘lesap’ selepas menggunakan perkhidmatan ini.

Pertama sekali, pengguna perlu menekan pilihan ‘Preset Jumlah’ pada skrin syang terdapat di pam minyak.

@petronaspulaiperdana Cara untuk elakkan dari RM200 kena tahan dengan bank menggunakan debit card #pakhajipetronas #petronas #petronaspulaiperdana #debitcard ♬ original sound – Pak Haji Petronas

Kemudian, anda boleh memilih jumlah sama ada dalam pilihan yang tertera (Rm10, RM20, RM30,…) ataupun meletakkan jumlah sendiri secara spesifik.

Seterusnya, anda perlu meletakkan kad pada tempat pembaca kad yang terdapat pada pam minyak tersebut.
Akhirnya, anda boleh mengisi minyak dengan jumlah yang diinginkan, tanpa perlu risau wang diapung sementara oleh bank. Anda juga dapat menentukan sendiri jumlah minyak yang mahu diisi seperti di kaunter.

Malah, sekiranya anda menetapkan jumlah pengisian misalnya RM 20, namun hanya menggunakan RM 10, mesin tersebut hanya memotong caj bayaran sebanyak RM 10 sahaja. Anda juga tidak perlu lagi ke kaunter untuk mendapatkan baki.

Sungguhpun begitu, setiap stesen memiliki cara yang berbeza bagi melakukan preset jumlah pada pam minyak masing-masing.

Di Shell, anda perlu menekan butang Amount (AMT) pada butang nombor yang terdapat pam minyak untuk preset jumlah minyak yang diingini.

Jika anda mengalami sebarang kebuntuan, anda boleh terus merujuk kepada pekerja pam minyak untuk penerangan lanjut.

BACA: Siapa sebenarnya John ni? Ini kisah disebalik nama roti john yang jadi kegemaran rakyat Malaysia