RM1,000 sahaja dipersetujui bayaran Shafee untuk rayuan kes liwat Anwar

Oleh MHDAILY

Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah hanya menerima bayaran berjumlah RM1,000 sebagai Timbalan Pendakwa Raya (TPR) dalam kes rayuan liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perkara itu disahkan Penolong Penguasa di Cawangan Siasatan D, Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Putrajaya, Zulfaqar Mohd Khalil, 29, pada hari keempat perbicaraan kes peguam itu yang didakwa menerima wang hasil kegiatan haram berjumlah RM9.5 juta daripada Datuk Seri Najib Tun Razak dan dua pertuduhan membuat penyataan palsu kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

RM1,000 sahaja dipersetujui bayaran Shafee untuk rayuan kes liwat Anwar

Baca Artikel Penuh