Rindu Nasi Gorang cabai tumbuk, isi ikan orang tua dulu-dulu, buat sendiri je!

Rindu Nasi Gorang cabai tumbuk isi ikan orang tua dulu dulu buat sendiri je

Rindu Nasi Gorang cabai tumbuk, isi ikan orang tua dulu-dulu, buat sendiri je! Ingat tak masa kecil-kecil dulu mak atau nenek kita selalu buat nasi goreng ini. Bahannnya cuma cabai kering, bawang, ikan goreng lebihan semalam tapi rasa nasi goreng ini punyalah sedap. Sampai sekarang kita teringat-ingat.

Kalau teringin nak rasa kembali nasi goreng nostalgia ini buat je sendiri. Caranya dikongsi oleh Shamshinar Mohd Darus.

Cara buat nasi goreng cabai tumbuk, isi ikan goreng

Bahan-bahan:

  • Nasi sejuk

Rindu Nasi Gorang cabai tumbuk isi ikan orang tua dulu dulu buat sendiri je

  • Cili/cabai kering – rendam dengan air panas dan tos
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Ikan goreng – ambil isi ikan saja
  • Ikan bilis

Buat Sendiri Nasi Goreng Cabai Tumbuk, Isi Ikan Goreng. Nasi Goreng Nostalgia Orang Tua Dulu Dulu

Cara membuat:

1. Tumbuk semua bahan kecuali nasi dan ikan goreng. Jangan tumbuk terlalu lumat (jika guna pengisar rasanya akan tak sama).

Buat Sendiri Nasi Goreng Cabai Tumbuk, Isi Ikan Goreng. Nasi Goreng Nostalgia Orang Tua Dulu Dulu

2. Panaskan minyak kemudian tumis bahan yang ditumbuk hingga naik bau.

3. Masukkan garam, serbuk perasa dan gula jika mahu. Gaul hingga sebati.

4. Bila nampak bahan ditumis sudah masak masukkan nasi sejuk dan isi ikan goreng. Gaul sebati.

5. Siap boleh dihidang.

Info: Jika tak mahu pedas boleh tukar cili kering kepada cili hidup.

Selamat mencuba.

BACA:

Penjual Sayur sesat dua jam selepas dapat rawatan batin

Gadis ni selamba bogel ketika game bola, “semua pemain jadi tak fokus”

PAC dedah hutang negara dah capai RM100 billion

CATEGORIES