Rina dakwa lelaki susah luah perasaan bila keseorangan

Rina dakwa lelaki susah luah perasaan bila keseorangan

Rina dakwa lelaki susah luah perasaan bila keseorangan. Perkhidmatan kesejahteraan lelaki di Klinik Nur Sejahtera (KNS) Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) seluruh negara akan diperluaskan sekiranya mendapat respon positif dari golongan tersebut.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata, KNS LPPKN di Dungun, Terengganu merupakan sebuah projek rintis pertama peringkat negeri yang menawarkan perkhidmatan tambahan untuk bantuan psikososial dan pendidikan kesihatan termasuk rawatan sakit tuan.

“Semalam, saya lancarkan projek rintis yang menyediakan perkhidmatan saringan dan kesejahteraan untuk lelaki, kita lihat dahulu bagaimana sambutan daripada kaum lelaki, jika ada sambutan, kita akan luaskan di peringkat setiap negeri.

“KNS LPPKN ini walaupun untuk keluarga, tapi, ia lebih fokus untuk wanita dan (sebab itu) kita mahu klinik ini ada tambahan perkhidmatan iaitu untuk kaum lelaki,” katanya selepas merasmikan majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kementeriannya di sini hari ini.

Sebagai rekod, fungsi utama KNS LPPKN adalah lebih menjurus kepada kesihatan reproduktif wanita dan sebelum ini perkhidmatan bantuan psikososial hanya disediakan di KNS LPPKN di Kuala Lumpur.

Rina dakwa lelaki susah luah perasaan bila keseorangan

Terdapat sebanyak 49 KNS LPPKN beroperasi dalam premis di seluruh negara manakala 15 lagi beroperasi secara bergerak.

Mengulas lanjut, Rina berkata, golongan lelaki tidak perlu segan untuk hadir bagi mendapatkan bantuan kaunseling sekiranya mereka berdepan dengan sebarang masalah.

“Kita lihat kaum lelaki ini antara salah satu yang kita kenal pasti, apabila berseorangan, mereka agak sukar untuk meluahkan masalah yang dihadapi, oleh sebab itu di LPPKN, kita juga buat sesi kaunseling secara berkelompok antara 10 hingga 15 orang.

“Bila buat sesi ini, kaum lelaki lebih mudah untuk bercerita kerana mereka tahu bukan mereka sahaja berdepan dengan masalah dan ia turut memberi peluang kepada mereka untuk tampil dan bercerita mengenai isu dihadapi,” ujarnya.

Semalam, media melaporkan seramai 22,156 lelaki di negara ini mendapatkan khidmat kaunseling daripada LPPKN atas pelbagai masalah sejak 2019 sehingga Jun.

Menurut Rina, daripada jumlah tersebut, sebanyak 33 peratus berkaitan masalah dengan pasangan, 20 peratus masalah kewangan, 17 peratus masalah keluarga manakala 30 peratus lagi lain-lain masalah.

BACA:

Kenapa harga Perodua Kembara 4×4 lama makin tinggi?

Dapat perkhabaran suaminya dan Ira Kazar dah bertunang, ini respon padu Puteri Sarah

 

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (3)
  • […] Rina dakwa lelaki susah luah perasaan bila keseorangan […]

  • […] Rina dakwa lelaki susah luah perasaan bila keseorangan […]

  • […] Rina dakwa lelaki susah luah perasaan bila keseorangan […]