Restoran, Kedai Makan mula dipenuhi orang ramai ‘dine in’

Oleh MHDAILY

Restoran, Kedai Makan mula dipenuhi orang ramai ‘dine in’.Pelanggan restoran di bandar ini didapati sudah mula memilih untuk makan di dalam premis atau secara dine-in.

Namun, mereka memilih tempat duduk yang terbuka yang diyakini lebih selamat daripada dijangkiti Covid-19 berbanding tempat tertutup.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati ada di antara mereka yang makan di restoran bersama ahli keluarga, apatah lagi sudah lama tidak dapat makan di luar bersama keluarga.

Bagi Mohd. Danel Jamalauddin, 28, dia memilih sebuah restoran steamboat di Taman Melur di sini untuk makan di luar bersama isteri dan anak-anaknya setelah selama ini hanya membeli makanan secara bungkus.

Menurutnya, dia memilih meja yang diletakkan di bahagian luar premis yang terbuka untuk makan bersama ahli keluarganya.

Restoran

Katanya, apatah lagi restoran berkenaan yang menyajikan masakan steamboat, lebih sesuai dinikmati di restoran.

“Saya bawa anak isteri makan makan secara dine-in di restoran ini dengan mematuhi SOP yang ditetapkan.

“Saya memilih untuk duduk di meja yang diletakkan di luar premis ini atau open air kerana rasa lebih selamat daripada jangkitan berbanding tempat tertutup di dalam restoran.

“Anak-anak gembira kerana dapat makan di restoran setelah lama terkurung di rumah akibat PKP,” katanya ketika ditemui.

Sementara itu, pemilik Restoran Man & Yas Steamboat, Luqman Hakim Sulaiman, 21, dia lega kerana semakin ramai pelanggan yang memilih untuk dine-in setelah kerajaan memberikan kelonggaran baru-baru ini.

Menurutnya, selama ini dia menjual makanan secara tempahan secara atas talian untuk memastikan perniagaannya berjalan seperti biasa.

“Sebagai peniaga sudah tentu saya akan memastikan pelanggan mematuhi SOP yang ditetapkan dan setakat ini para pelanggan memberikan kerjasama baik.

“Seronok apabila melihat pelanggan sudah mula memilih untuk makan secara dine-in tetapi mereka memilih duduk di meja yang diletakkan di luar premis kerana ia lebih terbuka.

“Saya percaya lama kelamaan lebih ramai pelanggan akan memilih untuk makan secara dine-in seperti sebelum ini apatah lagi steambot lebih sesuai makan di restoran,” katanya.

Berita Penuh : https://www.utusan.com.my/berita/2021/09/makin-ramai-pilih-dine-in/

BACA: Panas !!! Saintis dapati bisa ular jararacussu mampu jadi penawar Covid-19