Rentas negeri : Sabarlah untuk empat, lima bulan lagi – TPM

Rentas negeri : Sabarlah untuk empat, lima bulan lagi – TPM

Rentas negeri : Sabarlah untuk empat, lima bulan lagi . Orang ramai dinasihatkan untuk terus bersabar untuk merentas daerah dan negeri, lebih-lebih lagi untuk pulang ke kampung sempena perayaan Aidiladha sekurang-kurangnya sehingga negara berjaya mencapai imuniti kelompok menjelang Oktober atau November nanti.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tempoh itu tidak begitu lama jika dibandingkan dengan tempoh lebih setahun sejak tercetusnya pendemik Covid-19 di negera ini.

“Malah, kelmarin Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan untuk memberi kelonggaran kepada individu yang sudah menerima dua dos suntikan termasuk mempertimbangkan kebenaran pergerakan (rentas negeri dan daerah).

Rentas

“Minggu depan kita akan bincangkan dan dibentang semula (kelonggaran bagi individu yang lengkap dua dos vaksin) pada Mesyuarat Majlis Pemulihan Negara (MPN),” katanya ketika ditemui sempena Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) – Pemberian Pandu Lalu Pekebun Kecil Risda di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pejabat Daerah dan Tanah Jempol, di sini, hari ini.

Turut hadir, Ahli Parlimen Jempol merangkap Pengerusi RISDA, Datuk Mohd. Salon Mohd. Sharif.

Ismail Sabri memberitahu, ramai yang menggunakan surat Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) untuk balik ke kampung dengan pelbagai alasan termasuk menggunakan surat kebenaran merentas negeri untuk bekerja.

“Akhirnya selepas raya, kita lihat kes mendadak meningkat kerana kluster rentas negeri begitu tinggi. Lebih 36 kluster rentas negeri dicatatkan dan keluarga mendapat jangkitan (Covid-19).

“Saya nasihatkan ambil ikhtiar kes yang berlaku pada Aidilfitri lalu. Mungkin kita boleh gunakan kecekapan kita untuk menipu pihak polis untuk balik ke kampung, lalu jalan kampung, kebun kelapa sawit dan sebagainya, tetapi kita tak boleh tipu Covid-19.

“Covid-19 mungkin menanti di kampung atau kita bawa wabak dan kemudian menjangkiti keluarga kita hingga menyebabkan kematian,” katanya.

Berita Penuh:https://www.kosmo.com.my/2021/07/18/rentas-daerah-negeri-sabarlah-untuk-empat-lima-bulan-lagi/

jika Terlepas: Panas !!! “I dah lepas… U belum”, benarkah ini kata-kata Ku Nan kepada Zahid,Najib?