Rentas negeri : 2.8 peratus lagi sebelum jadi kenyataan. Hanya tinggal 2.8% lagi untuk mencapai 90% populasi dewasa lengkap divaksin selepas 20,418,495 individu atau 87.2% telah selesai menjalani suntikan vaksin Covid-19 setakat semalam.
Berdasarkan perangkaan di portal CovidNow, 94.3% atau 22,070,545 individu daripada populasi dewasa menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin, manakala 3% atau 92,949 remaja berusia 12 hingga 17 tahun telah selesai divaksinasi.
Sejumlah 211,517 dos telah diberikan semalam dengan 89,695 melibatkan dos pertama manakala 121,822 dos kedua, menjadikan jumlah pemberian dos vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) adalah sebanyak 44,145,505 dos.
PICK dilancarkan pada 24 Feb lepas bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik Covid-19 di seluruh negara.
Berita penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/10/03/2-8-lagi-boleh-rentas-negeri/