Remaja usia 15 tahun sah berbadan dua, rupanya ayah kandung sendiri tergamak buntingkan anak!

Oleh MHDAILY

Remaja usia 15 tahun sah berbadan dua, rupanya ayah kandung sendiri tergamak buntingkan anak!

Seorang bapa seharusnya menjadi sayap pelindung buat anak-anak perempuan mereka.

Namun bagi 2 beradik ini, kehidupan mereka sejak 7 tahun lepas dipenuhi dengan air mata kesengsaraan.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH 👇🏻👇🏻👇🏻
SAMBUNGAN ARTIKEL 👇🏻👇🏻👇🏻

Remaja usia 15 tahun sah berbadan dua, rupanya ayah kandung sendiri tergamak buntingkan anak!

Dalam kejadian yang dilaporkan Johor, si ayah didapati menjadikan kedua-duanya sebagai hamba pemuas nafsu.

‘Projek’ terakhir yang dibuat bapa adalah pada awal bulan ini

Menurut laporan daripada Sinar Harian, salah seorang daripada mereka bahkan mula ‘ditiduri’ secara paksa sejak berumur 9 tahun lagi.

Dengan usia yang masih kecil, kedua-duanya tidak mempunyai keberanian untuk membongkarkan selera jijik ayah mereka. Sejak 2017, rumah yang terletak di Daerah Muar menjadi saksi kepahitan hidup adik beradik ini.

Semuanya bermula pada tahun 2017, namun 2 beradik tak berani buka mulut

Si adik kini berusia 12 tahun, manakala si kakak pula berusia 15 tahun. Perbuatan jijik si ayah sudah sampai ke tahap menghamilkan remaja Tingkatan 3 terbabit.

Awalnya, si kakak mengadu dadanya terasa perit lalu telah mendapatkan pemeriksaan di sebuah pusat rawatan. Tidak tahu apa-apa, saat itulah perawat di sana mengesahkan si kakak sedang berbadan dua

Bapa sudah berada dalam tangkapan polis

Akhirnya, sebuah laporan polis telah dibuat dan si ayah kini berada dalam tahanan polis. Siasatan masih dijalankan dan segala butiran penting sedang direkodkan.

Jika didapati bersalah, lelaki berusia 53 tahun itu berdepan hukuman sebatan 10 kali atau penjara 30 tahun.

BACA:

Imam Muda buat hal! Sempat berkhalwat dengan janda anak 4 dalam kereta sementara tunggu azan