Seorang remaja perempuan yang didakwa bermain papan selaju di kawasan taman rekreasi berhampiran rumahnya di Seksyen 7, Shah Alam, dipercayai hilang sejak 31 Mei lalu.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Baharudin Mat Taib, berkata laporan kehilangan Nur Elida Mohd Rushdan, 15, dibuat bapanya, Mohd Rushdan Mohamad Yusof, sehari selepas kejadian pada Isnin lalu.
“Nur Elida keluar rumah pada 31 Mei 2021 tetapi tidak pulang hingga tarikh laporan polis dibuat (1 Jun).
“Kes ini masih dalam siasatan dan diklasifikasikan sebagai orang hilang,” katanya menurut laporan Bernama.
Terdahulu, menerusi laman Instagram sk8msia yang tular dan menamakan adik Nur Elida sebagai sumber, remaja itu didakwa bermain papan selaju di kawasan taman rekreasi berhampiran rumahnya sebelum disedari hilang.
Adik Nur Elida yang mencarinya di lokasi itu pada kira-kira 10 malam, hanya menemukan sarung tangan dan topi keledar dipercayai milik remaja tersebut.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung Nur Elida diminta menghubungi Mohd Rushdan di talian 012 5064514.
Berita Penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/06/03/remaja-perempuan-hilang-selepas-main-papan-selaju-di-taman/