Remaja dalam video tular dapat suntikan kosong bakal diberi vaksin baru

Remaja dalam video tular dapat suntikan kosong bakal diberi vaksin baru. Pasukan Petugas Khas Imunisasi Covid-19 Remaja (CITF-A) mengesahkan petugas kesihatan (pemvaksin) telah tersalah mengambil satu picagari kosong yang masih belum digunakan dari ruangan meja sama dengan picagari berisi vaksin dalam isu kejadian seorang remaja disuntik picagari kosong.

Timbalan Menteri Kesihatan 1, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali berkata, siasatan awal oleh ProtectHealth mendapati kejadian tersebut berlaku di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Universiti Malaya (UM) pada 30 September lalu.

Dalam kejadian pada pukul 3.16 petang itu, katanya, petugas kesihatan itu telah mengikut prosedur ditetapkan seperti menunjukkan vaksin dikeluarkan dari botol vaksin melalui picagari dan menunjukkan picagari berisi vaksin dengan dos sepatutnya kepada ibu remaja berkenaan.

“Setelah menunjukkan picagari berisi vaksin, beliau meletakkan sebentar picagari tersebut di atas meja untuk melakukan proses nyahkuman di lengan remaja sebelum memberikan suntikan.

Remaja

“Bagaimanapun, dia tersalah ambil picagari yang kosong dan membuat suntikan ke lengan remaja tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau yang juga Pengerusi CITF-A berkata, bagaimanapun setelah selesai, petugas kesihatan itu menyedari kesilapan beliau dan memaklumkan kepada Pegawai Perubatan yang bertugas di PPV UM dan kedua-dua mereka segera mengadakan perbincangan dengan ibu bapa remaja tersebut.

Beliau menjelaskan, setelah memahami penjelasan diberikan, ibu bapa remaja berkenaan memberi kebenaran untuk remaja tersebut diberikan suntikan vaksin di lengan yang berlainan mengikut Prosedur Dos Kurang.

“Prosedur Dos Kurang merupakan garis panduan klinikal yang mencadangkan pemberian vaksin di lengan berlawanan jika dos pertama dianggap tidak mencukupi dan dos semula diperlukan.

“CITF-A amat kesal dengan kejadian ini dan ingin memohon maaf kepada ibu bapa dan remaja yang terlibat di atas kesulitan yang berlaku. Kejadian ini disifatkan sebagai kesilapan ketika bertugas atau human error,” katanya.

Beliau menegaskan, petugas kesihatan berkenaan telah diberi amaran untuk lebih berhati-hati dan mengikut prosedur yang ditetapkan.

Katanya, prosedur dalaman juga ditambah baik dengan memastikan tiada picagari lain di ruangan meja sama ketika memberi suntikan bagi mengelakkan kejadian yang sama berulang.

Sebelum ini tersebar video tular yang menunjukkan rakaman proses vaksinasi ke atas seorang remaja berusia 12 tahun menggunakan picagari kosong oleh seorang pemvaksin.

Berita penuh : https://www.utusan.com.my/terkini/2021/10/remaja-disuntik-vaksin-kosong-terima-vaksin-baharu/

BACA: Panas !!! Pergolakan politik Melaka berterusan, KM sedia jika ditukar

COMMENTS

Wordpress (0)