Reaksi isteri nak sokong MU dalam World Cup nanti buat netizen berdekah

Reaksi isteri nak sokong MU dalam World Cup nanti buat netizen berdekah

Reaksi isteri nak sokong MU dalam World Cup nanti buat netizen berdekah. Umum sedia maklum, tidak lama lagi akan berlangsungnya Piala Dunia FIFA Qatar 2022

Buat para peminat bola sepak, pastinya akan ternanti-nanti saat ini. Malah, mereka juga pasti inginkan pasukan yang diminati mereka menjuarai FIFA World Cup Qatar 2022.

Baru-baru ini, tular sebuah video di laman sosial apabila seorang wanita dengan yakinnya memberitahu pasukan mana yang akan dia sokong bagi Piala Dunia. Namun, jawapannya itu telah mengundang tawa ramai.

Bila ditanya sokong pasukan mana, selamba dia jawab Manchester United

Menerusi video yang dimuat naik oleh @paanmzln, kelihatan dia dan isterinya sedang makan di sebuah restoran.

Reaksi isteri nak sokong MU dalam World Cup nanti buat netizen berdekah

Disebabkan dia terlihat pameran mengenai Piala Dunia Qatar 2022, langsung dia bertanya kepada si isteri tentang pasukan apa yang disokongnya.

Si isteri pula dengan penuh yakin menjawab dia menyokong pasukan Manchester United itu yang membuatkan ramai terhibur.

“Cakaplah betul-betul, MU tak masuk sebab kalah ke? Dah tu siapa yang menang pulak, Chelsea?”, tanya si isteri.

“Hari tu layan Euro kat rumah, then adik aku cakap mana Brazil. Lepas tu aku off tv and terus lepak kat mamak” – Warganet

Susulan tularnya video berkenaan, kini ia telah meraih sebanyak 909K views, 112.3K likes dan 1,908 comments di TikTok. Rata-rata warganet terhibur melihat gelagat pasangan suami isteri itu.

@paanmzln Sebenarnya dia tau je World Cup, dia sokong JDT.. #paansem #fyp ♬ TT – TWICE

BACA:

Patutlah baju bundle ni jadi rebutan, ada ‘sesuatu’ rupanya

70 Profesor Melayu paling berpengaruh pilih Anwar jadi PM

Aksi Jep buat Afifah Nasir tak boleh control gelak, “dia ni memang tak boleh in-character”

CATEGORIES